Alexandre Pato Masih Impikan Peluang Terpilih Ke Piala Dunia 2018

Alexandre Pato

Peluang Alexandre Pato untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan Brazil bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2018 di Russia pada bulan Jun nanti tampak sangat sukar untuk direalisasikan.

Namun bagi penyerang kelab Tianjin Quanjian itu tetap menyimpan angan-angan untuk turut serta dan merebut tempat bagi membawa cabaran negaranya.

Pemain yang pada satu ketika pernah dilabelkan sebagai ‘wonderkid’ buat Brazil itu ketandusan aksi antarabangsa sejak Oktober 2013. Keadaan yang membuatkannya begitu terdesak untuk mencuri perhatian ketua jurulatih Brazil, Tite bagi menyenaraikannya ke Russia.

Pato, 28 tahun, berjaya mencetak 15 gol dalam 24 penampilannya bagi membantu Tianjin Quanjian menamatkan saingan Liga Super China di tempat ke-3.

”Saya telah bekerja keras sepanjang tahun untuk memikirkan mengenai pasukan kebangsaan Brazil. Ia membawa maksud saya bekerja keras dari rumah, di gimnasium dan juga di rumah,” kata Pato kepada Omnisport.

”Saya sentiasa bekerja untuk kembali berada dalam skuad kebangsaan Brazil dan saya merasakan saya beraksi untuk satu liga yang hebat. Saya berjaya membantu pasukan untuk meningkat dari satu tahap yang berbeza, lebih tinggi dari apa yang orang jangkakan.”

BLOEMFONTEIN, SOUTH AFRICA – JUNE 15: Alexandre Pato of Brazil runs at Hosni Abd Rabbou (8), Mohamed Shawky (11) and Sayed Moawad (14) of Egypt during the FIFA Confederations Cup match between Brazil and Egypt at the Free State Stadium on June 15, 2009 in Bloemfontein, South Africa. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

”Saya telah menghasilkan musim yang hebat bersama Tianjin Quanjian dan saya fikir peluang akan menjelma seperti yang diberikan kepada Gil, Diego Tardelli, Renato Augusto dan Paulinho ketika dia berada di China. Sekarang dia beraksi di Barcelona.”

”Saya merasakan masih banyak lagi masa sebelum ke Piala Dunia. Saya rasakan saya perlu terus bekerja dan fokus terhadap kerja saya di China.”

”Dan sekiranya terpilih, ianya merupakan peluang buat saya. Saya berasa gembira. Saya bekerja 100 peratus untuk kembali ke skuad kebangsaan Brazil. Saya rasa itu adalah fokus saya.”

”Dalam setiap perlawanan, saya akan memberikan yang terbaik, siapa tahu, saya boleh dapat kembali peluang tersebut.”

”Dan siapa tahu juga, mungkin saya boleh bermain di perlawanan persahabatan atau apa-apa sahaja perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan supaya saya boleh mempersembahkan aksi saya kepada Tite,” kata Alexandre Pato lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN