Selepas beberapa kali jendela perpindahan dikaitkan untuk bersama, akhirnya Arsenal dan Alexandre Lacazette disatukan.
Arsenal berjaya mendapatkan penyerang utama Perancis itu dari Olympique Lyonnais dengan nilai £52.6 juta.
Ia merupakan rekod baharu perpindahan tertinggi di Arsenal apabila sebelum ini rekod itu dipegang oleh Mesut Ozil dengan jumlah perpindahan £42.4 juta.
Dengan terpaterinya perpindahan ini, Lacazette menyertai Arsenal dengan mengikat kontrak selama 5 tahun.
Ia merupakan perpindahan kedua yang berjaya dilakukan oleh Arsenal selepas mereka berjaya mendapatkan khidmat pertahanan kiri terbaik Bundesliga pada musim lalu iaitu Sead Kolasinac.
Pengurus Arsenal Arsene Wenger nyata gembira dengan perpindahan yang berjaya direalisasikan oleh kelab itu.
“Kami sangat gembira apabila berjaya mendapatkan khidmat Lacazette.”
“Beliau telah membuktikan yang beliau merupakan antara pemain yang mempunyai kualiti penyudah yang cukup tajam untuk bertahun lamanya.”
Lacazette menjaringkan 28 gol untuk Olympique Lyonnais pada musim lalu – pemain kedua terbaik dari segi jaringan gol di belakang Edison Cavani dengan 35 gol.
Beliau dijangka akan menyertai jelajah pra-musim Arsenal di Australia sebelum perlawanan bertemu Bayern Munich di China.
Selamat datang Alexandre Lacazette ke Arsenal. Semoga berjaya!
Jadi, #WengerIn ?
Sumber:
- BBC Sport (2017): Alexandre Lacazette joins Arsenal for club record £46.5m from Lyon; http://www.bbc.com/sport/football/40496970