Alexandre Lacazette Hanya Mahu Fokus Dapatkan Piala, Tiada Rasa Cemburu Terhadap Aubameyang

Lacazette

Pemain jentera serangan Arsenal, Alexandre Lacazette menjelaskan bahawa beliau langsung tidak cemburu dengan kejayaan peribadi diraih rakan sepasukannya, Pierre-Emerick Aubameyang.

Sebaliknya beliau mahu fokus dalam usaha menamatkan musim ini dengan membawa pulang trofi Piala Europa.

Aubameyang dinobatkan selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris 2018/19 bersama-sama Sadio Mane dan Mohamed Salah selepas mereka masing-masing menjaringkan 22 gol.

Lacazette pula menjaringkan 13 gol dalam 35 penampilan untuk meletakkannya di tangga ke-10 senarai penjaring terbanyak liga, berkongsi tempat bersama lima pemain lain.

VALENCIA, SPAIN – MAY 09: Pierre-Emerick Aubameyang of Arsenal (R) celebrates after scoring his team’s first goal with teammate Alexandre Lacazette during the UEFA Europa League Semi Final Second Leg match between Valencia and Arsenal at Estadio Mestalla on May 09, 2019 in Valencia, Spain. (Photo by Alex Caparros/Getty Images)

”Saya, sudah tentu tidak cemburu dengan sesiapa sahaja. Saya hanya mahu memenangi trofi, begitu juga dengan Auba.”

”Sudah tentu ia sentiasa bagus untuk beraksi bersama  tetapi apabila seorang daripada kami bermain dan seorang lagi di bangku simpanan, anda hanya perlu membantu pasukan apabila anda boleh melakukannya.”

”Jurulatih mengetahui bahawa kami mahu beraksi bersama tetapi sudah tentu dia perlu membuat pilihan dan kami juga perlu menghormatinya. Beraksi bersama-sama Auba sentiasa merupakan keseronokan buat saya.”

Duo peledak berbisa The Gunners itu sekali lagi disandarkan harapan yang tinggi oleh Unai Emery bagi merobek gawang Chelsea pada awal pagi nanti di Baku, Azerbaijan.

Kemenangan sememangnya menjadi keutamaan buat Arsenal untuk The Gunners menempah slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN