Pertahanan tengah Liverpool, Trent Alexander-Arnold menyedari yang pasukannya tidak hebat dalam mencabar pasukan-pasukan lain musim ini dan tidak layak untuk merebut kejuaraan.
Liverpool pada musim ini mengharungi detik yang cukup menyedihkan apabila gagal mencabar sebarang kejuaraan apabila terkandas dalam saingan Carabao Cup, FA Cup dan UEFA Champions League.
Lebih malang, dalam saingan Premier League mereka juga berpotensi dengan peluang tidak akan beraksi untuk saingan Eropah musim hadapan.
Jika pun berjaya layak, kemungkinan hanya saingan Europa Conference League sahaja peluang yang boleh disertai mereka.
Menyedari masa semakin suntuk untuk cuba menyelamatkan musim mereka, Alexander-Arnold berasakan yang baki sembilan perlawanan terakhir Premier League adalah amat penting untuk menyelamatkan musim mereka.
“Kami bukan berada di posisi yang kami mahukan tetapi masih ada lagi sembilan perlawanan lain hendak diharungi.
“Di situlah fikiran kami sedang berada, ayuh dapatkan kemenangan dalam sembilan perlawanan tersebut,” kata Alexander-Arnold.
Untuk mendapatkan maksima 27 mata barang kali cukup sukar, namun tiada yang mustahil.
Akan tetapi, memandangkan prestasi mereka yang kurang baik ketika ini adalah amat sukar untuk menyaksikan Liverpool boleh beraksi dengan cukup cemerlang.
Jika dilihat dalam senarai perlawanan, Liverpool bakal menghadapi beberapa perlawanan sukar menjelang penamat musim.
Antaranya apabila bertemu Tottenham Hotspur serta beberapa pasukan yang sedang bergelut untuk kekal di Premier League iaitu Leicester City dan Southampton.
Berikut adalah senarai penuh baki sembilan perlawanan Liverpool dalam saingan liga:
- Leeds United (A)
- Nottingham Forest (H)
- West Ham United (A)
- Tottenham Hotspur (H)
- Fulham (H)
- Brentford (H)
- Leicester City (A)
- Aston Villa (H)
- Southampton (A)