Alex Ferguson Setuju Dengan Souness Bahawa Messi Lebih Baik Daripada Maradona

Maradona

Sir Alex Ferguson mengiktiraf Lionel Messi lebih baik daripada Diego Maradona dari sudut seorang pemain bola sepak. Perdebatan siapa lebih baik di antara Messi dan Maradona telah berlaku lama terutama sekali di kalangan peminat Argentina.

Sir Alex Ferguson meluahkan perkara itu beliau selepas mendengar pandangan oleh Graeme Souness.

Souness dengan lantang menytakan bahawa Messi lebih baik daripada Maradona. Souness berkata: “Lihat, saya bermain menentang Maradona sebanyak 5 kali. Dan saya nak katakan bahawa Lionel Messi adalah pemain lebih baik [daripada Maradona].”

Sir Alex Ferguson menyokong kenyataan Souness dan berkata: “Untuk yang satu [perdebatan] ini, saya berada di pihak Souness. Ini kerana Maradona berada di puncak tertinggi dalam karier tidak cukup lama [berbanding Messi].”

Di Argentina, Maradona digelar sebagai pemain terbaik sepanjang zaman di negara mereka. Lebih lebih lagi beliau membantu negaranya menjuarai Piala Dunia hampir sebagai ‘one man show’.

(GERMANY OUT) 1986 FIFA World Cup in Mexico Final in Mexico City: Argentina 3 – 2 Germany – Argentine captain Diego Maradona with the World Cup trophy amid photographers – (Photo by Schlage/ullstein bild via Getty Images)

Maradona membantu Boca Junios dan Napoli memenangi liga. Beliau juga membantu Napoli yang bergelut dengan prestasi memenangi Piala UEFA (Europa hari ini).

Messi walaupun tak pernah menang Piala Dunia, namun beliau berjaya membantu negaranya ke final pada 2014.

Seterusnya, 3 kali beliau kalah di final Copa America. Bersama Barcelona pencapaian beliau sangat luar biasa. 15 musim di Barca menjaringkan lebih 575 gol daripada lebih 660 perlawanan. Messi juga pemenang 5 Ballon d’Or.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN