Alex Ferguson: “Penguasaan Kelab Sepanyol Di Pentas Eropah Bakal Berakhir”

Bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berkata penguasaan kelab-kelab Sepanyol di peringkat Eropah pastinya akan berakhir satu hari nanti.

Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh pihak ESPN mengenai penguasaan kelab-kelab Sepanyol yang cukup menguasai pentas Eropah sejak beberap musim lalu.

Semakin tua

Bagi Ferguson, penguasaan mereka bakal berakhir disebabkan faktor usia.

“Sampai satu masa, penguasaan mereka akan habis. Cristiano Ronaldo semakin berusia, begitu juga dengan Lionel Messi.”

Menurut beliau, penguasaan kelab-kelab Sepanyol ini juga tak lebih daripada sekadar kitaran waktu sahaja.

“Ketika era 70-an kita dapat lihat kelab seperti Ajax Amsterdam dan Bayern Munich menguasai Eropah. Manakala Liverpool dan AC Milan masing-masing menguasai Eropah ketika era 80-an dan 90-an.”

“Kalau nak ikutkan satu masa dahulu pasukan Inggeris juga pernah menguasai Eropah. England pernah ada 3 pasukan di separuh akhir.”

Untuk rekod, 3 kejuaraan UEFA Champions League dan Europa League kesemuannya dibolot bersih oleh pasukan-pasukan dari La Liga.

Real Madrid memenangi UEFA Champions League untuk musim 2014 dan 2016 sementara Barcelona pula menjuarainya pada 2015.

Sevilla pula merakam hatrik apabila menguasai Europa League sebanyak 3 musim berturut-turut.

Ferguson juga berkata yang perkara ini bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan oleh pasukan lain.

“Jangan pelik kenapa pasukan Jerman, Itali, England atau mana-mana pasukan tak menang kejuaraan Eropah. Hal ini kerana ia bukan waktu mereka untuk menang.”

“Sebaliknya, ia adalah waktu untuk pasukan Sepanyol untuk menang. Sampai masa, kitaran ini pasti akan bertukar.”

Baca juga: Barcelona Tawar Pakej Lumayan, Real Madrid Panik Dan Mahu Lelong Isco

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN