Sir Alex Ferguson Akan Kembali Menjadi Pengurus Manchester United?

Sir Alex Ferguson kembali mengurus Manchester United?

Ya benar, beliau akan kembali ke Old Trafford untuk mengurus pasukan lamanya itu untuk perlawanan khas iaitu Micheal Carrick Testimonial.

Perlawanan itu akan berlangsung pada 4 Jun itu menampilkan skuad Manchester United 2008 dan ia akan ditentang oleh skuad All-Stars pada perlawanan itu.

Ferguson akan mengendalikan skuad Manchester United 2008 sementara bekas pengurus Carrick sewaktu di Tottenham Hotspur iaitu Harry Redknapp akan menguruskan skuad All-Stars.

Kembali

Ferguson bakal kembali ke Old Trafford untuk menguruskan skuad Manchester United 2008 itu nyata satu berita gembira buat Carrick.

“Saya gembira apabila beliau setuju untuk kembali. Hal ini kerana beliau adalah punca utama kenapa saya ke Manchester United.”

“Beliau berikan pengaruh besar kepada karier saya dan saya banyak belajar daripadanya.”

Alex Ferguson (GETTY)

Bagi Ferguson pula, beliau merasakan perlawanan tersebut bakal berikan impak yang besar kerana kehadiran bekas-bekas pemain Manchester United.

Edwin Van Der Sar, Gary Neville dan Paul Scholes antara nama-nama yang akan beraksi pada perlawanan itu untuk pasukan Manchester United 2008.

“Jika Carrick berjaya membawa semula bekas rakan sepasukannya, maka akan ramai penyokong yang hadir untuk menonton perlawanan tersebut.”

Selain itu, rakan sepasukan Carrick di pasukan England iaitu Michael Owen, Steven Gerrard dan juga Frank Lampard turut akan menyertai perlawanan tersebut sebagai pemain skuad All-Stars.

Menyesal

Dalam masa yang sama, Ferguson juga berkata mengenai saat-saat yang beliau kesali ketika menjadi pengurus Manchester United.

“Saya tak rindu untuk jadi pengurus balik. Itu keputusan saya dan saya dah lakukan keputusan saya.”

“Namun saya ada sedikit kekesalan dalam diri saya sepanjang menjadi pengurus.”

Ferguson menceritakan ketika perlawanan akhir UEFA Champions League di Moscow pada 2008 yang menyaksikan pasukannya juara, namun beliau ada kekesalan ketika perlawanan tersebut.

“Saya menyesal kerana saya tinggalkan Park Ji-Sung ketika perlawanan itu. Beliau main cukup baik ketika perlawanan itu.”

“Sama juga ketika perlawanan akhir UEFA Champions League ketika menentang Barcelona. Saya tinggalkan Dimitiar Berbatov ketika perlawanan itu.”

“Ia adalah salah satu perkara yang sukar untuk seorang pengurus iaitu memilih pemain yang betul untuk perlawanan akhir. Sayang sekali ketika di Moscow saya lakukan keputusan yang salah.”

Baca juga: Sharbinee Allawee Dikesan Hadapi Kanser Paru-Paru, Perlu Berehat Panjang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN