Musim ini menyaksikan sebuah legasi agung di Kota Rom telah pun berakhir.
Francesco Totti mengakhiri karier penuh kesetiaan beliau bersama AS Roma selepas beraksi buat kali terakhir ketika perlawanan menentang Genoa dalam aksi Serie A.
Tamatnya karier Totti menyaksikan tamatnya generasi kumpulan pemain yang setia bersama satu kelab sahaja dalam bola sepak moden.
Dan ia nyata satu hari yang sedih dalam bola sepak.
Puisi indah
Rakan sepasukan Totti di AS Roma iaitu Alessandro Florenzi telah mengabadikan satu puisi khas untuk beliau.
Dan ia satu puisi yang indah!
Disiarkan di Twitternya, Florenzi menulis puisi itu dalam bahasa Itali.
Berikut merupakan terjemahan ringkas kami terhadap puisi itu:
“Kau selalu ada,
Dalam fikiranku, sejak aku kecil, aku selalu mendambakan untuk menjadi sepertimu.
Seperti kanak-kanak lain yang baru sahaja menendang bola buat beberapa kali.”
“Kau selalu ada,
Ketika aku melakukan penampilan pertamaku di Serie A,
Semua yang ku perlukan adalah ingin berada di sisi mu,
Kau berkata semuanya akan baik-baik saja dengan renungan matamu tepat ke mataku.”
“Kau sememangnya selalu ada,
Ketika aku menjaringkan gol pertama Serie A ku,
Kau meningatkan ku supaya berhenti bermimpi,
Lalu kau berkata ‘inilah realitimu, kini kamu sebahagian daripada kami’.”
“Kau selalu ada, dan akan sentiasa ada,
Untuk aku, untuk pencinta bola sepak dan bandar agung ini – seperti kamu.”
GRAZIE CAPITANO! 1️⃣0️⃣ #Totti pic.twitter.com/noQs4oSQ3J
— ALESSANDRO FLORENZI (@Florenzi) May 28, 2017