Legenda Juventus, Alessandro Del Piero mendedahkan alasan di sebalik pembelian Cristiano Ronaldo oleh kelab itu pada awal musim 2018/19 lalu.
Menurutnya, Juventus sanggup mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan bintang Portugal berusia 34 tahun itu hanya semata-mata bertujuan untuk membawa trofi Liga Juara-Juara Eropah ke Turin.
Juventus membeli Ronaldo dari Real Madrid dengan harga pembelian mencecah 100 juta euro. Ianya sekaligus menjadikan pembelian paling mahal dalam sejarah yang telah dilakukan oleh sebuah kelab di Itali.
Dibeli untuk UCL
Pada awalnya, ramai berpendapat bahawa Juventus tidak perlu membeli Ronaldo kerana kelab itu sudah memiliki skuad yang cukup kukuh.
Namun segalanya terbukti, sejauh ini Juventus memang amat memerlukan pemain dengan tahap dan memiliki kualiti hebat seperti Ronaldo.
Ronaldo tidak memerlukan masa yang lama untuk serasi dengan gaya bermain bola sepak Itali. Gol demi gol telah berjaya dihasilkannya dipentas di Serie A. Setakat ini, beliau kini adalah penjaring terbanyak Serie A dengan mengumpul 19 gol.
Bukan hanya itu, magis Ronaldo juga hadir di pentas Liga Juara-Juara. Beliau menjadi penentu kejayaan Juvetus ke peringkat suku akhir menerusi jaringan hatriknya menewaskan Atletico Madrid.
“Kerana alasan itulah [Liga Juara-Juara] Juve membelinya. Dia adalah seorang juara yang sudah menang banyak gelaran dan tahu bagaimana cara menjalani perlawanan-perlawanan sulit. Dia bermain bagus dan mencetak gol,” kata Piero.
“Ronaldo selalu fokus pada apa yang menjadi sasarannya. Juventus membelinya untuk ini [Liga Juara-Juara] dan perancangan tersebut sejauh ini berjalan dengan sangat bagus.”
Sempat terkejut
Del Piero mengatakan bahawa pada awalnya beliau tidak menyangka bahawa Juventus akan membeli Ronaldo dari Real Madrid pada musim ini. Baginya, ini adalah satu kejutan yang dilakukan oleh pengurusan tertinggi Juventus.
Dengan kualiti hebat yang dimiliki Ronaldo, Del Piero merasakan jika pemain itu boleh memilih pasukan mana pun di dunia jika mahu berpindah dari Madrid. Dan, pada akhirnya bekas pemain Sporting Lisbon tersebut lebih memilih pindah ke Juventus.
“Saya sedikit terkejut. Tetapi tidak terlalu banyak. Ronaldo boleh memilih pasukan mana pun yang ingin dia tuju di dunia ini dan itu adalah keputusan yang bagus ketika dia memilih bermain untuk Juventus,” jelas Del Piero.