Alasan Tak Masuk Akal Tentang Mengapa Gol Gordon Bertemu Arsenal Tak Dibatalkan

Alasan sebenar tentang mengapa gol Anthony Gordon ketika aksi bertemu Arsenal awal pagi tadi tidak dibatalkan telah didedahkan dan sepertinya agak masuk akal untuk diterima alasan tersebut.

The Gunners mencatatkan kekalahan 1-0 bertemu Newcastle di St James Park awal pagi tadi, dengan Anthony Gordon menjadi satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, gol jaringan beliau dalam perlawanan ini telah mencetuskan perdebatan hangat di kalangan peminat di media sosial.

Gol kontroversi itu telah mengundang kemarahan para penyokong Arsenal, pemain dan seluruh kem Gunners yang sangat kecewa melihat skuad mereka tewas kerana jaringan itu.

Mikel Arteta sendiri turut meluahkan kekecewaan beliau terhadap hal tersebut ketika temu bual selepas tamat perlawanan.

Jika dilihat kepada rakaman ulang jaringan tersebut, bola sepertinya sudah keluar dari garisan permainan terlebih dahulu sebelum dihantar ke Gordon.

VAR sementara itu menyimpulkan yang hal tersebut sangat susah untuk ditentukan kerana ada beberapa kemusykilan yang tak dapat disimpulkan.

Melihat VAR akhirnya membenarkan gol tersebut, Mikel Arteta berang dan menghentam penggunaan teknologi tersebut selepas tamat perlawanan.

Pengurus Arsenal itu menganggap hal itu sebagai satu penghinaan dan turut mendakwa bahawa dirinya malu untuk mengakui beliau sebahagian dari Premier League.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Arteta mendedahkan bahawa:

“Kita perlu bercakap tentang keputusan kerana kita perlu bercakap tentang bagaimana gol jahanam ini boleh tetap dikira.”

“Ia menakjubkan. Saya rasa sangat malu, tapi saya perlu menjadi orang yang harus datang ke sini dan cuba pertahankan kelab dan cuba minta bantuan kerana ia satu hal yang sangat menjengkelkan untuk melihat gol itu dibenarkan. Ia benar-benar memalukan.”

Ketika ditanya mengapa beliau menganggap ia satu hal yang memalukan, Arteta menjawab:

“Kerana itu bukan gol, atas banyak alasan itu bukan gol, sekurang-kurangnya ada lebih dari satu alasan itu memang bukan gol.”

“Terlalu banyak yang berlaku di sini. Kami telah memberikan usaha yang sungguh luar biasa dan sukar untuk bersaing di tahap ini dan ia benar-benar memalukan. Saya sendiri rasa malu, saya berada di negara ini sudah lebih 20 tahun dan ini langsung tak menggambarkan yang ini adalah liga terbaik di dunia.”

VAR turut menyemak semula foul ke atas Gabriel Magalhaes ketika build up, dan kebarangkalian Gordon berada di kedudukan offside sebelum menjaringkan gol.

Selepas berlakunya perdebatan hangat di media sosial yang memperlihatkan penyokong Arsenal mengamuk memaki hamun VAR, terdapat beberapa sumber yang mendedahkan tentang mengapa gol itu tetap dikira.

Alasan mengapa Gordon tidak dianggap offside atau kenapa gol itu tetap dikira sepertinya bakal menambah lagi api kemarahan para penyokong Arsenal.

Menurut laporan dari Sky Sports, gol Anthony Gordon tetap dibenarkan kerana pihak VAR gagal untuk mencari sudut pandang sesuai dari arah Joelinton.

VAR gagal mengesan bila kali terakhir Joelinton menyentuh bola dan kerana itu mereka tak boleh mendakwa Gordon berada di kedudukan offside.

VAR juga turut mendakwa, sebenarnya gol itu terpaksa diberikan kerana tiada sudut pandangan jelas untuk melihat sama ada bola sudah sepenuhnya melintasi garisan padang atau tak.

Kekalahan bertemu Newcastle merupakan kekalahan pertama Arsenal dalam saingan Premier League musim ini.

Ia jelas sekali satu keputusan yang tidak dimahukan oleh seluruh kem Gunners yang sangat berhasrat mahu menjuarai saingan liga musim ini.

Adakah alasan VAR itu boleh diterima atau ia memang benar-benar tak masuk akal? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN