Alasan Tak Masuk Akal Mengapa Man Utd Tolak Antonio Conte

Keputusan Manchester United untuk tidak melantik Antonio Conte sebagai pengurus baru kelab pada awal musim ini telah menimbulkan keraguan di kalangan peminat dan pundit.

The Red Devils awalnya hangat dikaitkan dengan bakal melantik pengurus dari Itali itu untuk menjadi pengganti kepada Ole Gunnar Solskjaer.

Walau bagaimanapun, mereka dengan tiba-tiba seolah-olah menolak peluang untuk mendapatkan khidmat bekas pengurus Inter Milan itu.

Selepas memecat Ole Gunnar Solskjaer, United memutuskan untuk melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim kelab sehingga akhir musim ini.

Sementara Conte pula, beliau terlebih dahulu sudah memutuskan untuk menerima tawaran dari Tottenham Hotspur sebagai pengganti kepada Nuno Espirito Santo.

Bekas pengurus Wolverhampton Wanderers itu dipecat oleh Tottenham Hotspur sehari selepas anak-anak buahnya dibelasah 3-0 oleh Manchester United yang pada ketika itu masih dikendalikan oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Kini The Telegraph telah mendedahkan alasan sebenar mengapa Manchester United memutuskan untuk tidak mahu mendapatkan khidmat Antonio Conte.

Pimpinan kelab merasakan yang gaya pengurusan Antonio Conte yang terlalu tegas merupakan antara faktor mengapa mereka menolak untuk melantik pengurus dari Itali itu.

Conte sememangnya terkenal dengan sikap yang sangat tegas dan tidak akan berkompromi ketika sesi latihan mahupun diet pemakanan pemain.

Bahkan, perkara pertama yang beliau lakukan sebaik dilantik menjadi pengurus Tottenham Hotspur adalah mengharamkan penggunaan sos dan mustard di kantin kelab.

Pimpinan kelab merasakan ketegasan itu agak keterlaluan untuk skuad sedia ada terutama selepas melihat barisan bintang yang mereka miliki seperti Cristiano Ronaldo, Paul Pogba, Raphael Varane, dan ramai lagi.

Mereka juga mahu melindungi barisan pemain muda seperti Mason Greenwood, Jadon Sancho dan Marcus Rashford dengan menganggap cara Conte akan beri impak negatif kepada barisan pemain ini.

Pimpinan kelab merasakan bilik persalinan tidak akan pernah harmoni lagi andai Conte membawa budaya tegas beliau ke bumi Old Trafford.

Bekas bintang Chelsea, Willian yang pernah beraksi di bawah kendalian Conte sebelum ini turut pernah bercakap tentang hal ini, dengan beliau menyatakan bahawa:

“Itu adalah kekurangan sebenar dia, yang mana ia merupakan punca mengapa dia akhirnya akan ada banyak masalah dengan beberapa pemain, termasuk saya juga.”

“Saya rasa dia gagal untuk mengurus dan faham yang ada ramai pemain yang berbeza-beza, dari negara berbeza, pemain yang dianggap bintang. Pemain terpenting kelab juga. Jadi saya rasa dia tak pernah faham hal itu.”

Manchester United sangat berharap keputusan mereka menolak Antonio Conte dan melantik Ralf Rangnick bakal menjadi pilihan yang bijak untuk masa hadapan kelab.

Walau bagaimanapun, mereka pada ketika ini nampak lebih huru-hara dan keharmonian dalam bilik persalinan juga nampak terjejas teruk di bawah kendalian Ralf Rangnick.

Sementara Antonio Conte pula, beliau pada ketika ini masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dalam saingan Premier League, sejak dari awal beliau dilantik sebagai pengurus kelab.

Ralf Rangnick juga memiliki ketegasan yang menyebabkan pemain tak gembira?

Selepas aksi kekalahan 1-0 Man Utd bertemu Wolves di Old Trafford minggu lalu, terdapat terlalu banyak kisah dan cerita yang tidak menarik dapat didengarkan oleh para peminat tentang skuad Manchester United.

17 pemain pada ketika ini dilaporkan sangat tidak gembira berada di Old Trafford dengan mereka mungkin lebih memilih untuk meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini.

Bilik persalinan juga kini dikatakan sudah terbahagi kepada dua dengan satu kem tidak gembira dengan Ronaldo, sementara satu lagi kem memihak kepada bintang Portugal itu.

Para pemain senior merasakan yang Cristiano Ronaldo terlalu kebal dan mendapat layanan yang terlalu istimewa dari pengurus dan kelab sendiri.

Hal ini menyebabkan berlakunya kekecohan di bilik persalinan Old Trafford dengan Ralf Rangnick sendiri pening kepala memikirkan hal tersebut.

Perkara yang paling pimpinan kelab tidak mahu berlaku kini sudah berlaku di Old Trafford, bahkan ia nampak lebih teruk dari apa yang dibayangkan.

Adakah wajar pihak kelab menolak untuk menandatangani Antonio Conte hanya kerana beliau terlalu tegas? Adakah keputusan mereka tepat? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN