Saingan Carabao Cup kini sudah memasuki peringkat suku akhir dengan pasukan seperti Manchester United dan Arsenal antara yang terbaru telah tersingkir dari pertandingan.
Port Vale, Middlesbrough, West Ham, Fulham, Everton, Chelsea, Newcastle dan Liverpool antara pasukan yang sudah mengesahkan tempat untuk beraksi di peringkat suku akhir.
Saingan peringkat 16 terbaik menyaksikan dua gergasi Premier League, Manchester United dan Arsenal tersingkir dari kejohanan.
Apakah gol WHU (OG Benji) harusnya pelanggaran terlebih dahulu ke Ramsdale?
Friendly reminder kalau tidak ada VAR di Carabao Cup sampai match di semi-final. Jadi tidak bisa dicheck. pic.twitter.com/B1Pv98uEcL
— Indonesian Gooners (@IDGoonerscom) November 1, 2023
Manchester United awalnya dijangka bakal mampu untuk layak ke perlawanan akhir, namun malangnya mereka tersingkir di pusingan 16 terbaik.
Manchester City juga turut sudah tersingkir dari pertandingan dan jelas sekali peminat agak terkejut melihat perjalanan pertandingan tersebut pada musim ini.
Satu hal yang mencuri perhatian peminat adalah ketika mereka melihat VAR tidak digunakan sepanjang aksi di pusingan 16 terbaik sedang berlangsung.
Ketiadaan VAR merupakan antara hal paling hangat dibahaskan oleh peminat terutama selepas melihat insiden-insiden yang berlaku ketika aksi pertemuan antara West Ham bertemu Arsenal.
The Hammers membuka tirai jaringan mereka pada aksi babak pertama perlawanan hasil dari gol sendiri yang dijaringkan oleh Ben White dari sepakan penjuru.
Walau bagaimanapun, terdapat pertikaian dari pelbagai pihak yang mendakwa ada kebarangkalian Aaron Ramsdale telah dikasari ketika build up gol tersebut.
Namun, tiada pertimbangan semula dari VAR untuk menilai keputusan tersebut kerana sistem itu tidak digunakan di pertandingan itu.
If anyone is wondering why VAR isn’t being used at this stage of the EFL Cup it could be because it would cost more than the £15,000 prize money on offer.
— The Sound of Football Podcast ⚽️🎧 (@SoundOfFootball) November 1, 2023
It’s not about VAR it’s about the quality of the officials in the EFL. The biggest problem is that when they make massive decisions like the penalty incident yesterday there’s no accountability. It’s not just Blues it’s every club in the EFL.
— Joe Smith 🇬🇧 (@JoeSmit40807159) October 29, 2023
Ada peminat yang merasakan bahawa teknologi tersebut harus digunakan dalam pertandingan seperti Carabao Cup kerana banyak keputusan pengadil yang meragukan.
EFL telah bersetuju untuk tidak menggunakan teknologi VAR di kejohanan Carabao Cup, dalam usaha mereka untuk memastikan keadilan bagi setiap pasukan.
Keadilan yang dimaksudkan adalah tentang penggunaan teknologi tersebut di peringkat liga kerana bukan semua liga di England menggunakan VAR.
Agak sukar untuk kelab-kelab dari liga tersebut menyediakan VAR jika perlawanan dilangsungkan dihalaman mereka.
League One dan League Two jelas sekali tak mampu untuk menggunakan teknologi tersebut dan VAR memang tidak wujud sepanjang saingan liga mereka.
Walau bagaimanapun, pihak EFL telah bersetuju untuk menggunakan teknologi VAR ketika pertandingan sudah memasukki peringkat separuh akhir dan akhir nanti.
There is no VAR tonight.
VAR is only used in the semi-finals and final in the Carabao Cup#MUFC #VAR #CaraboCup pic.twitter.com/21wJWRrxy2— MANCHESTER UNITED FANS (@Unitedfans2023) November 1, 2023
Hanya aksi dua leg diperingkat separuh akhir dan aksi perlawanan akhir sahaja yang akan memperlihatkan VAR digunakan.
Untuk kelab dari League One seperti Port Vale yang berjaya layak ke peringkat suku akhir pula, pihak kelab bakal menyediakan teknologi tersebut untuk sementara waktu di stadium andai mereka layak ke peringkat separuh akhir.
Jadi jika ada peminat yang mempersoalkan tentang mengapa VAR tak digunakan sepanjang pusingan awal saingan Carabao Cup, maka jawapannya adalah kerana mahu memastikan keadilan bagi semua kelab yang bertanding.
Bukan hanya kelab dari saingan Premier League atau Championship sahaja yang bersaing di pentas Carabao Cup dengan kelab-kelab dari League One dan League Two juga turut ada.
Why there is no VAR in Carabao Cup fourth round as Arsenal, Chelsea and … https://t.co/7eAhTG9wVI via @YouTube
— Domain_Ryl Trendings (@DomainRyl85209) November 2, 2023
Untuk kelab-kelab tersebut menyediakan VAR hanya bagi pertandingan ini sahaja sepertinya agak tak masuk akal dan kerana itulah EFL memutuskan untuk tidak menggunakan teknologi itu disepanjang pusingan awal pertandingan.
Namun begitu, masih ada peminat yang merasakan VAR patut digunakan andai dua pasukan dari Premier League bertemu dalam saingan Carabao Cup.
Peminat merasakan aksi Arsenal bertemu West Ham semalam seharusnya menggunakan VAR supaya insiden sama tidak berlaku.
Namun berbalik kepada hasrat EFL, demi memastikan keadilan untuk semua pasukan, maka semua perlawanan peringkat awal tidak perlu menggunakan VAR walau kedua-dua pasukan dari saingan Premier League.