Alasan utama mengapa Romelu Lukaku beraksi hambar bersama Chelsea adalah kerana corak permainan yang berbeza dengan gaya permainan yang beliau sering mainkan.
Bekas pengurus skuad kebangsaan England, Fabio Capello percaya Lukaku sebenarnya tak serasi langsung dengan cara permainan yang diterapkan oleh Thomas Tuchel.
The Blues menandatangani semula Lukaku dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai £97 juta pada musim panas baru-baru ini.
Fabio Capello has theory on why Romelu Lukaku excelled in Italy but is flopping at Chelseahttps://t.co/6j482203h7 pic.twitter.com/dssz5t6kCQ
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 22, 2022
Chelsea tertarik melihat persembahan mantap Lukaku bersama Inter Milan dan kerana itulah mereka sanggup mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan khidmat bintang Belgium itu.
Pemain kebangsaan Belgium itu berjaya menjaringkan 64 gol dan turut mencatatkan 16 assists dari 95 penampilan untuk The Nerazzurri.
Walau bagaimanapun, Lukaku sepertinya gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya seperti kariernya dalam saingan Serie A sebelum ini.
Beliau hanya mampu menjaringkan lima gol sahaja dari 17 penampilan dalam saingan Premier League, dan secara keseluruhannya beliau hanya menjaringkan 10 gol sahaja dari 28 penampilan dalam semua pertandingan untuk Chelsea.
Capello kini tampil menjelaskan yang sebab utama mengapa Romelu Lukaku bergelut dengan masalah prestasi di Stamford Bridge adalah kerana corak permainan yang diterapkan oleh Thomas Tuchel.
More ex players & managers have questioned the signing of Lukaku. Thierry Henry & Fabio Capello made interesting comments last night which I agree totally with. His style does not match up to Tuchel's style at all, the blame is totally on our board/scouting yet again! 👌🙄 #CFC pic.twitter.com/1dBEQbCBR4
— Chris CFC Harvey (Champions of the World!!) ⭐⭐ (@CJHCFC1994) February 23, 2022
Pakar taktikal dari Itali itu percaya yang Romelu Lukaku lebih sesuai dengan corak permainan serangan pantas yang diterapkan oleh Antonio Conte pada musim lalu.
Bercakap kepada Sky Sports Italia, Fabio Capello mendedahkan bahawa:
“Lukaku sesuai dengan sistem serangan pantas Antonio Conte di Inter, kerana ada banyak ruang, dia ada kekuatan fizikal dan kepantasan yang akan membenarkan dia untuk memanfaatkan ruang yang ada dan membuat larian melepasi pemain pertahanan dan mengubah perlawanan.”
Capello turut menyatakan yang corak permainan The Blues sekarang tak memberikan Lukaku ruang untuk masuk dengan menyatakan:
“Walau bagaimanapun, corak permainan Chelsea sangat berbeza dengan yang lain dengan banyak main hantaran pendek dan Lukaku tak dapat ruang yang sama untuk bergerak.”
“Dia juga tahu yang di England, pemain pertahanan juga mempunyai kekuatan fizikal yang hampir sama seperti dia dan dia lebih susah nak bersaing.”
Mampukah Romelu Lukaku mengubah keadaan di Chelsea?
Masalah terbesar untuk Romelu Lukaku pada ketika ini adalah beliau ada masalah dengan penyokong kerana temu bual kontroversinya sebelum ini.
Bekas bintang Manchester United itu menegaskan yang beliau tak gembira bersama Chelsea dan sangat berminat untuk kembali ke Inter Milan di masa hadapan.
🧐 Fabio Capello has an explanation for @ChelseaFC fans…
— SPORF (@Sporf) February 23, 2022
Lukaku walau bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada para peminat, rakan sepasukan, kelab dan pengurus tentang hal tersebut.
Walau bagaimanapun, aksi beliau di atas padang masih belum menunjukkan peningkatan dan pemain berusia 28 tahun itu turut teruk dihentam kerana mencatatkan statistik teruk sejak kebelakangan ini.
Beliau hanya mencatatkan tujuh sentuhan sahaja walau beraksi selama 90 minit ketika aksi kemenangan 1-0 Chelsea menewaskan Crystal Palace dalam saingan Premier League.
Bekas bintang Inter Milan itu turut diketepikan dari aksi ketika skuad kendalian Thomas Tuchel itu mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan LOSC Lille di pusingan 16 terbaik saingan Champions League awal pagi tadi.
7 – Romelu Lukaku had just seven touches against Crystal Palace, the fewest in a single Premier League game for a player with 90+ minutes played since this data is available in full for the competition (2003-04). One of those touches was from kick-off in the first half. Quiet.
— OptaJoe (@OptaJoe) February 19, 2022
Memandangkan Romelu Lukaku baru semusim sahaja berada di Stamford Bridge, sepertinya agak mustahil untuk Chelsea melepaskan pemain termahal mereka itu pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Keputusan perlawanan bertemu Lille membuktikan yang Chelsea sebenarnya boleh menjaringkan gol walau tanpa kehadiran Lukaku dan ia memberi gambaran jelas bahawa bintang Belgium itu mungkin akan lebih kerap memanaskan bangku simpanan berbanding diturunkan untuk beraksi.