Bekas bintang England, Darren Bent dan Danny Murphy percaya yang persembahan Trent Alexander-Arnold semakin merosot kerana beliau terlalu memberi tumpuan kepada gym berbanding di atas padang.
Selepas melihat persembahan mengecewakan Arnold ketika aksi bertemu Manchester City, Darrent Bent membuat kesimpulan yang pemain full-back itu sebenarnya terlalu mementingkan untuk membuat badan berbanding perbaiki aksinya di atas padang.
Pemain back kanan itu bergelut untuk mengawal Jack Grealish dalam perlawanan tersebut dan bekas bintang Aston Villa itu juga sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan tersebut.
🔔 | "Less time in the gym" – Trent Alexander-Arnold subject of bizarre rant after Liverpool star's struggles vs Man City https://t.co/ClZRudsnTY
— SPORTbible News (@SPORTbibleNews) April 4, 2023
Grealish menjadi watak penting dalam membantu Manchester City membelasah Liverpool 4-1 di Etihad dalam saingan Premier League kemarin.
Dari kesemua pemain dalam skuad Liverpool, Bent lebih memilih untuk menghentam Alexander Arnold dan menganggap pemain pertahanan itu antara yang paling tak berprestasi dalam perlawanan tersebut.
Beliau juga percaya yang Trent Alexander-Arnold seharusnya menambah baik kekuatan stamina beliau kerana masalah tersebut terlalu jelas dilihat sedang menimpa pemain pertahanan itu.
Bercakap kepada talkSPORT, Bent mendedahkan tentang bagaimana pentingnya untuk Trent Alexander-Arnold menambah baik kekuatan stamina beliau agar beliau akan mampu mendapatkan tahap persembahan terbaiknya semula.
🗣️“The regime whatever he is doing, he needs to change it. Maybe less time in the gym lifting weights and maybe more time on the grass.”
Darren Bent has suggested that Trent Alexander-Arnold needs to alter his fitness regime to get back to his best 🤔 #LFC
— Empire of the Kop (@empireofthekop) April 3, 2023
Danny Murphy on Trent Alexander-Arnold:
"My obvious answer [to his drop of form] and the only thing I can think is he needs taking out the firing line and a good session on fitness. Maybe it’s too late this season, they’re not getting in the top four anyway." #lfc [talksport]
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) April 4, 2023
“Mungkin untuk musim ini sudah terlambat kerana mereka sekarang mungkin tidak akan mampu berada di kelompok empat teratas. Tapi saya fikir, apa saja yang mahu dia lakukan pada musim panas nanti, ia seharusnya berbeza kerana dia perlu dapatkan balik bentuk dia dan stamina dia.”
Rakan penyampai beliau, Danny Murphy turut bersetuju dengan Bent yang Trent terlalu menghabiskan masa di gym untuk membesarkan badannya dan hal itu menjejaskan aksi beliau di atas padang.
“Ya, saya bersetuju, penjelasan yang bagus Benty.”
Tambah Murphy.
“Maksud kamu, ia mahu terlihat bagus berbanding merasa lebih bagus untuk masuk ke padang. Dia terlalu menghabiskan masa di gym kan?”
Bent kemudiannya mendedahkan sejarah bagaimana ketika beliau beraksi di bawah kendalian Gerard Houllier yang mana ada beberapa pemain ketika itu terlalu membuang masa untuk mengangkat beban.
EXCLUSIVE: Danny Murphy says Trent Alexander-Arnold's body transformation is responsible for his poor form #LFC https://t.co/thD1dlBgYQ
— talkSPORT (@talkSPORT) April 4, 2023
“Saya teringat ketika Gerard Houllier bercakap tentang itu dan ia berlaku ketika saya bersama dia di Aston Villa, ramai pemain yang terlalu membuang masa untuk mengangkat beban dan saya faham maksud dia.”
Bent turut percaya yang Trent Alexander-Arnold masih lagi seorang pemain yang bagus namun beliau mempersoalkan adakah pemain pertahanan itu sanggup untuk berubah.
“Saya selalu melihat Trent dan berfikir, dalam bola sepak, dia masih lagi menakjubkan.”
Jelas Bent.
“Kemampuan dia dalam membuat hantaran masih menakjubkan, dia tak hilang itu. Tapi fizikal dia semakin membesar.”
“Satu hal yang biasa dia buat dulu, walaupun kemampuan dia dari segi bertahan selalu dipersoal, dia masih tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik.”
Trent Alexander-Arnold body transformation may have ‘hindered’ him as Liverpool star urged to change fitness regime https://t.co/hY4zn1BeuC pic.twitter.com/8TTVP86ECQ
— SPORTS CIRCUS INT. (@SPORTSCIRCUSINT) April 4, 2023
“Tapi sekarang, dia sudah tidak lakukan itu lagi, dia sering membenarkan pemain sayap untuk bergerak bebas, lari melepasi dia, dan dia nampak sangat bergelut.”
“Jadi saya sangat bersetuju dengan Murph, segala yang dia (Trent) sedang lakukan sekarang, dia perlu ubah itu. Mungkin kurangkan masa di gym untuk mengangkat beban dan lebihkan tumpuan di atas padang.”