Pemain kelab Chapecoense yang terselamat dari nahas kapal terbang pada tahun 2016, Alan Ruschel telah membuat penampilan pertama selepas terlibat dengan nahas tersebut merebut The Joan Gamper Trophy menentang Barcelona di Nou Camp.
Kelab itu dijemput untuk beraksi bagi merebut trofi ini sebagai salah satu penghormatan buat tragedi yang menimpa Chapecoense dimana telah meragut nyawa 19 orang rakan sepasukan Ruschel dan 71 orang keseluruhannya.
Turut hadir sama 2 orang lagi pemain yang terselamat dari nahas tersebut iaitu Jackson Follman dan Neto.
Jackson dan Neto turut berada di padang sebelum perlawanan bermula manakala Ruschel sempat beraksi selama 35 minit.
Ketika Alan Ruschel meninggalkan padang pada babak pertama, para penyokong di Nou Camp berdiri sambil bertepuk tangan bagi memberikan penghormatan kepada Ruschel.
Barcelona yang dalam proses untuk meneruskan perjalanan pasukan tanpa Neymar yang sudah berkelana ke Perancis membariskan barisan terkuatnya pada perlawanan ini.
Gerard Deulofeu kembali memperkuatkan barisan Barcelona selepas berpindah ke Everton pada tahun 2015 setelah Barcelona mengaktifkan klausa yang tertakluk pada kontrak beliau di Everton.
Pemain berusia 23 tahun itu berjaya menjaringkan satu jaringan dan turut menghasilkan 2 assists pada perlawanan yang dimenangi Barcelona dengan keputusan 5-0 ini.
Mengulas mengenai perlawanan ini, beliau mengatakan aksi menentang lawan dari Brazil itu sangat beremosi.
“Sejujurnya pengalaman luar biasa bermain di sini (Nou Camp) dan menentang Chapecoense,” kata Deulofeu kepada wartawan selepas perlawanan.
“Ia adalah perkara yang sangat emosi, mereka patut berada di sini dan merasai hari yang indah ini, mereka adalah pahlawan (hero), jika anda berfikir tentang apa yang berlaku kepada mereka, ia membuatkan anda menangis.”
Sumber :
Mirror UK (2017) – http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/chapecoense-survivors-standing-ovation-vs-10948621
ESPN FC (2017) – http://www.espnfc.com/futebol-brasileiro/story/3174484/barcelonas-gerard-deulofeu-calls-chapecoense-players-heroes