Al-Jazeera Diam Seribu Bahasa Isu Korban Stadium Walaupun Pernah Malukan Malaysia

Norway membuka tirai aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Gibraltar dengan bersatu hati menyatakan protes mereka terhadap negara tuan rumah kejohanan, Qatar yang dituduh menindas golongan buruh di negara berkenaan.

Semua pemain termasuk bintang muda Borussia Dortmund, Erling Haaland dan pemain Arsenal, Martin Odegaard masing-masing menyarung baju yang tertera mesej ‘Hak asasi manusia – dalam dan luar padang’, sebelum sepak mula di mana mereka menang 3-0 pada perlawanan itu.

Sebelum ini, khabar angin dan laporan dari eropah pernah mengatakan Norway berkemungkinan akan memboikot Piala Dunia 2022 yag berlangsung di Qatar sebagai tanda boikot. Masih ingatkah anda bagaimana media Qatar, Al Jazeera pernah mengecam Malaysia kerana isu penindasan warga asing, tetapi seperti lupa apa yang berlaku di negara sendiri?

Media Qatar pernah kecam Malaysia

Melalui satu dokumenteri khas, Al Jazeera pernah mendakwa kononnya pendatang tanpa izin di negara ini dilayan secara tidak adil sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berdurasi 25 minit 50 saat, dokumenteri tersebut terang-terangan mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani penularan wabak global.

Malah kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga jelas sekali diputar belitkan untuk memberi gambaran Malaysia sangat teruk ketika melayan pendatang tanpa izin di negara ini.

Beberapa warga Bangladesh juga ditemuramah mengenai pengalaman buruk mereka menetap di negara ini – yang jelas sekali adalah kisah satu pihak semata-mata tanpa mengambil konteks sebenar situasi semasa di negara ini.

Pekerja asing didakwa diabaikan dengan alasan syarikat-syarikat dan majikan yang mengupah mereka terjejas akibat impak penularan wabak.

Satu perkara yang pasti dokumentari oleh Al Jazeera ini jelas berat sebelah, dan juga ibarat tidak sedar diri.

Al Jazeera ialah saluran berita dan ehwal semasa 24 jam Bahasa Arab yang beribu pejabat di Doha, Qatar, namun kini turut disampaikan menjadi media Bahasa Inggeris untuk capaian antarabangsa.

Ia kini merupakan antara rangkaian media terbesar Arab di bawah syarikat induk Al Jazeera Satellite Network, pemilik dan pengendali beberapa saluran dedikasi lain seperti Al Jazeera English.

Tidak sedar diri

Ibarat satu jari menunjuk kepada orang lain, empat jari lain menunjuk ke arah diri sendiri, tindakan Al Jazeera menyiarkan dokumentari tersebut ibarat tidak sedar diri dengan apa yang berlaku di negara sendiri.

Qatar bakal menganjurkan Piala Dunia pada tahun 2022. Ia adalah kali pertama sebua negara Arab bakal menganjurkan kejohanan bola sepak yang berprestij itu.

Enam stadium baharu kini sedang rancak dalam pembinaan, dan beberapa buah lagi perlu dinaiktaraf untuk kejohanan tersebut. Untuk mempersiapkan diri sebagai tuan rumah, Qatar juga membawa masuk ribuan pekerja asing untuk membina infrastruktur baharu.

Isu hak pekerja asing juga menarik perhatian, dengan penyiasatan oleh akhbar The Guardian mendakwa bahawa ramai pekerja dinafikan makanan dan air, mempunyai dokumen identiti tetapi diambil dari mereka.

Pekerja juga tidak dibayar tepat pada masanya atau tidak dibayar langsung, membuat sebahagian besar daripada mereka berada dalam keadan perhambaan.

Menurut Guardian lagi dianggarkan sehingga 4,000 pekerja mungkin mati akibat keselamatan yang kurang dan sebab-sebab lain pada masa kejohanan tersebut diadakan.

Dakwaan tersebut adalah berdasarkan kepada fakta bahawa 522 pekerja Nepal, dan lebih dari 700 pekerja India telah meninggal dunia sejak 2010, apabila tawaran Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia diberikan oleh FIFA.

Mana hak media kononnya?

Laporan Al Jazeera terhadap Malaysia turut mempersoalkan hak media antarabangsa untuk membuat laporan ketika tempoh PKP. Bagaimana pula dengan mereka?

Pada tahun 2015, krew empat wartawan dari BBC telah ditangkap dan ditahan selama dua hari selepas mereka cuba melaporkan keadaan pekerja di Qatar. Pernahkah Al Jazeera bertanyakan hal itu?

Pada Julai 2019 dilaporkan bahawa lebih daripada 1,400 pendatang telah meninggal dunia sejak kerja bermula kerana keadaan yang tidak baik dan kumpulan hak asasi manusia meramalkan jumlah kematian boleh meningkat kepada 4,000 menjelang 2022.

Namun laporan terkini The Guardian melaporkan lebih 6,500 golongan pekerja asing telah meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat kerja atau penyakit berkaitan dengan pekerjaan mereka bermula dari 2011 hingga 2019. Ia adalah angka yang jauh lebih tinggi dari ramalan awal.

Pada bulan Februari 2019, Amnesty International pernah mempersoalkan sama ada mereka akan dapat menyelesaikan reformasi buruh yang dijanjikan sebelum permulaan Piala Dunia, satu sentimen yang disokong oleh FIFA.

Amnesty International mendapati bahawa penyalahgunaan masih berlaku walaupun negara mengambil beberapa langkah untuk memperbaiki hak buruh.

Pada bulan Mei 2019, siasatan oleh akhbar UK Daily Mirror mendapati beberapa daripada 28,000 pekerja di stadium dibayar 750 Riyal Qatari sebulan, yang bersamaan dengan £190 sebulan atau 99p sejam untuk seminggu 48 jam biasa.

Tetap bekerja ketika PKP

Sepanjang tempoh PKP pertama pada tahun lalu, kebanyakkan sektor pekerjaan di negara kita telah ditutup. Ini turut melibatkan pekerja asing yang bekerja di negara ini.

Keutamaan kerajaan ialah untuk memutuskan rangkaian penularan wabak. Kerana itulah Malaysia dianggap sebagai salah sebuah negara terbaik di dunia dalam memerangi penularan tersebut. Apa yang berlaku di Qatar?

The Guardian melaporkan bahawa, buruh asing di kompleks Piala Dunia Qatar terus diarahkan bekerja walaupun kerajaan mengenakan larangan berkumpul kerana penularan wabak global.

Buruh migran ini terus bekerja bagi menyiapkan infrastruktur Piala Dunia 2022 di Qatar.

Sepak mula untuk Piala Dunia 2022 kurang 1,000 hari sahaja lagi. Dan mereka diarahkan bekerja seperti biasa.

Malah daripada pemerhatian, mereka kebanyakkannya bekerja secara berkelompok dalam 10 orang satu kelompok.

Lagi teruk, mereka menaiki bas pekerja yang memuatkan sehingga 60 orang pada satu masa.

The Guardian turut melaporkan, buruh asing ini masih bekerja lebih masa dan tidak ada pemeriksaan kesihatan yang ketat ke atas mereka.

Para buruh asing ini menyatakan mereka tiada pilihan. Kerana mereka mahu mencari duit bagi dihantar kepada keluarga di rumah.

Salah seorang buruh dari Kenya berkata kepada The Guardian: “Ya saya risau tentang virus ini, namun saya perlukan wang.”

Beliau bekerja untuk shift 14 jam sehari. Beliau memakai topeng muka dan juga sarung tangan, namun dia sedar, itu sahaja tak cukup untuk mengekang virus.

Dengan nada pasrah beliau berkata: “Hanya berserah kepada Tuhan sahaja.” Dan seperti dijangka, Al-Jazeera hanya berdiam diri mengenai penindasan yang berlaku di negara mereka sendiri.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

FA Norway Luluskan Cadangan Gaji Sama Rata Pemain Kebangsaan Lelaki Dan Wanita

Sebelas Pemain Buangan UEFA Yang Lebih Hebat Daripada Steven Gerrard

Danny Ings Disebut-Sebut Bakal Ganti Aguero Di Man City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN