Al-Ikhsan Sports Sah Penaja Pahang FA Selama Dua Tahun

Syarikat barangan sukan tempatan, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd semalam sah menjadi penaja kepada Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) bagi musim 2019 dan 2020 dengan jumlah keseluruhan tajaan itu bernilai RM1.6 juta iaitu RM800,000 untuk satu musim.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Al-Ikhsan Sports, Mizal Ghazali, pihaknya gembira dapat menaja pasukan terkemuka seperti Pahang dan yakin penyokong skuad tok gajah akan mengenali jenama Umbro dengan lebih dekat.

“Peluang untuk menaja PBNP akan digunakan sebaiknya untuk memperluaskan pasaran jenama Umbro dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Kualiti produk Umbro akan dapat dilihat sendiri oleh pengguna dengan lebih dekat nanti,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Menurut sumber, tajaan daripada jenama Umbro meliputi set jersi yang lengkap dan kit latihan untuk skuad utama, skuad Piala Presiden, skuad Piala Belia, pasukan futsal lelaki dan wanita termasuk pakaian kasual yang bakal digunakan oleh skuad utama.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Vach Pillutla pula menegaskan pihaknya akan menyediakan kelengkapan bola sepak berkualiti tinggi kepada Pahang berdasarkan jenama antarabangsa seperti Umbro.

“Kita pasti akan dapat menyediakan kelengkapan berkualiti tinggi untuk Pahang seperti Everton dan West Ham United di Liga Perdana Inggeris.

“Kami juga yakin Pahang satu pasukan yang mempunyai ramai penyokong setia, sekali gus mampu membawa jenama Umbro untuk lebih terkenal di pasaran Malaysia.” jelasnya.

Wakil PBNP dan Al-Ikhsan Sports bergambar bersama pada Majlis Menandatangani kontrak penajaan di Football Republic, KLCC semalam. FOTO: Pahang FA
Tiada lagi jenama FILA untuk musim hadapan

Sebelum ini, pasukan Pahang menggunakan jersi jenama FILA sejak pertengahan musim lalu dan memperkenalkan jersi utama berwarna kuning manakala warna putih sebagai jersi kedua.

Jersi berkenaan tampil dengan rekaan klasik, mempuyai struktur lukisan kulit gajah jika dilihat dengan lebih dekat.

Manakala jalur lurus pada ketiga-tiga jersi, adalah susunan huruf ‘F’ yang ditulis secara halus dan menghiasi keseluruhan bahagian depan jersi ketiga-tiga rekaan.

Jika jersi berwarna kuning menjadi pilihan untuk aksi di halaman sendiri, warna putih adalah pilihan warna jersi yang akan digunakan oleh skuad bimbingan Dollah Salleh di tempat lawan.

Bagi jersi alternatif, jersi warna hitam yang tampak elegan menjadi pilihan skuad Tok Gajah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN