Al-Ikhsan Sports Meterai Perjanjian Bersama Kesatuan Ragbi Malaysia

Al-Ikhsan

Peneraju barangan sukan nombor satu di Malaysia, Al-Ikhsan Sports secara rasminya menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU).

Acara menandatangani MoU dan serahan jersi daripada Al-Ikhsan Sports kepada MRU telah diadakan di Al-Ikhsan Sports cawangan The Curve, kelmarin.

Majlis tersebut dihadiri oleh Presiden MRU, Dato’ Shahrul Zaman Yahya, serta Raimi Yusof dan Amir Amri Mohamad yang merupakan Naib Presiden. Kehadiran para pemain ragbi negara juga memeriahkan majlis.

Dalam pada itu, Al-Ikhsan Sports turut melancarkan jersi yang direka khas menerusi jenama AL Sports buat para pemain ragbi Malaysia yang bakal membawa nama negara ke Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filipina.

”Kami amat berbangga dengan pasukan ragbi Malaysia yang bakal bertanding di Sukan SEA pada 7 dan 8 Disember ini. Oleh itu, kami mengambil inisiatif bagi menghasilkan jersi pasukan ragbi Malaysia sarungkan di Filipina nanti.”

”Kami berharap peminat sukan ragbi akan menyerlahkan sokongan buat kontinjen di Sukan SEA. Kami percaya, pasukan ragbi Malaysia akan mengharumkan nama negara,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla.

”Al-Ikhsan Sports akan terus menghasilkan koleksi pakaian bagi menyokong bidang-bidang sukan negara. Hal ini kerana kami mahu rakyat Malaysia untuk sentiasa peka dengan acara-acara sukan yang berlangsung di serata dunia serta menzahirkan sokongan mereka buat para atlet, dan seiring dengan motto kami iaitu ‘Cergas dan Sihat Bersama-Sama Rakyat Malaysia sejak 1993.”

Jersi rasmi Kesatuan Ragbi Malaysia boleh didapati di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports bermula 3 Disember 2019.

Kredit foto: AL Sports

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN