Al-Ikhsan Sports Catat Rekod Jualan Tertinggi Oktober 2019

Al-Ikhsan Sports

Peruncit barangan sukan nombor satu di Malaysia, Al-Ikhsan Sports telah mencatatkan rekod jualan tertinggi bulan Oktober yang dicapai dalam sejarah 25 tahun lalu. Jenama terkemuka itu telah mencapai pertumbuhan jualan sebanyak 42% dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pada tahun ini, Al-Ikhsan Sports telah diberikan status sebagai ‘Rakan Pakaian Rasmi’ oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi tempoh selama dua tahun.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, koleksi pakaian khas bersempena Bulan Sukan Negara telah diilhamkan di bawah label jenama peribadi mereka, AL Sports.

Pelancaran koleksi tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat (YB) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di IOI City Mall, Putrajaya pada awal Oktober lalu.

Koleksi ini terdiri daripada jersi lengan pendek, lengan panjang dan baju polo dewasa serta jersi kanak-kanak dengan harga bermula RM39.

Selaras dengan tujuan utama Al-Ikhsan Sports mengekalkan Malaysia cergas dan aktif dengan menjadikan sukan dinikmati oleh semua, Al-Ikhsan Sports menawarkan 5000 jenis kasut sukan di bawah harga RM199 di semua kedai di seluruh negara.

Pelanggan yang membelanjakan antara RM150 hingga RM450 dalam satu resit juga akan diberikan hadiah percuma yang menarik seperti beg drawstring, botol air sukan, earpods bluetooth dan earbud.

Vach Pillutla

”Kami telah disayangi dan dipercayai oleh pencinta sukan di seluruh negara sejak tahun 1993.”

”Alasannya dalah tujuan teras kami, di mana mahu mengekalkan Malaysia cergas dan aktif dengan menjadikan sukan dinikmati dengan harga yang berpatutan buat semua rakyat Malaysia.

”Misi kami adalah untuk mendominasi lanskap barangan sukan dengan melibatkan diri dengan lebih dalam dan mencipta ikatan kuat terhadap 20 juta pencinta sukan di Malaysia. Inisiatif Bulan Sukan Negara merupakan salah satu peluang.”

”Saya fikir terdapat hubungan yang sangat kuat antara visi kementerian untuk pembangunan sukan di Malaysia dan kami sebagai syarikat yang ingin mencapai perkara tersebut sejak kami memulakan perjalanan ini lebih 25 tahun yang lalu,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla.

”Dua bulan mendatang bakal menjadi bulan penuh tenaga buat kami dengan kempen terbesar ‘Back To School (BTS) bermula 30 November hingga 5 Januari. Tahun lalu merupakan kempen ‘Back To School’ pertama buat kami.”

”Saya percaya kami kini telah berkembang menjadi salah satu alternatif BTS untuk mungkin satu-satunya destinasi di mana seseorang boleh mencari lebih daripada 100 jenis produk kembali ke sekolah dari jenama sukan terkenal global dengan harga di bawah RM 99,” jelas Vach lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN