Al-Ikhsan Rai Kejuaraan Liverpool Dengan LFC Champions Range

Bersempena dengan pemahkotaan Liverpool sebagai juara Premier League musim 2019/2020, Al-Ikhsan melancarkan keluaran khas LFC Champions Range untuk penyokong mereka.

LFC Champions Range merupakan koleksi baju, jersi dan aksesori khas untuk penyokong Liverpool meraikan kejayaan Liverpool masuk ke senarai elit pemenang Premier League – kali pertama sejak Premier League dilancarkan pada musim 1992/1993.

Kali terakhir Liverpool menjuarai liga adalah pada musim 1989/1990. Pada ketika itu, liga teratas England masih dipanggil First Division.

Antara barangan yang boleh didapati oleh penyokong Liverpool dalam keluaran LFC Champions Range di Al-Ikhsan adalah T-shirt round neck khas dan hoody seperti di bawah…

…serta aksesori-aksesori lain seperti cawan, mafla, botol air, bendera, keychain dan magnet.

Menurut Al-Ikhsan, semua barangan yang ditanda ‘Coming Soon’ akan boleh mula didapati bermula minggu hadapan (6 Julai 2020). Maklumat lanjut tentang barangan ini boleh anda dapati di menekan butang ‘Like’ dan ‘Follow’ Al-Ikhsan Sports di Facebook dan Instagram.

Selain itu, penyokong Liverpool turut boleh mendapatkan barangan Liverpool berjenama New Balance dengan diskaun sehingga 50% (sementara stok masih ada)!

Antara barangan Liverpool x New Balance yang masih boleh anda dapati di Al-Ikhsan adalah jersi musim 2019/2020 untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak!

Sebagai penyokong Liverpool, koleksi LFC Champions Range dari Al-Ikhsan ini merupakan barangan yang wajib didapatkan untuk menjadi memento kenangan manis kejayaan The Reds.

Penyokong Liverpool yang berminat dengan LFC Champions Range ini diingatkan supaya cepat-cepat mendapatkan koleksi ini kerana stok terhad.

Anda boleh mula membeli barangan LFC Champions Range dalam talian di Al-Ikhsan.com atau dengan mengunjungi cawangan kedai Al-Ikhsan yang berhampiran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN