Pemilik PSPS Riau FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mengakui turut terlibat di dalam urusan pemilihan pemain di kelab Liga 2 Indonesia itu.
Namun demikian beliau berkata biasanya beliau akan bersetuju 99% dengan apa yang Ketua Jurulatih putuskan untuk pasukan.
Tindakan tersebut hanya kerana beliau perlu tahu apa yang berlaku di dalam pasukan dan sebagai informasi kepada dirinya sebagai pemililk.
Sebelum ini Zamsaham melalui akaun Facebook beliau baru-baru ini mencetuskan tanda tanya segelintir peminat bola sepak.
Melalui perkongsian di akaun Facebook peribadinya semalam, Zamsaham secara terang-terangan berkata beliau telah memohon agar PSPS Riau FC menurunkan penjaga gol muda, Riski Sudirman dalam perlawanan menentang PSMS Medan FC semalam.
“Permohonan saya supaya masukkan Riski Sudirman sebagai Goal Keeper hari ini berhasil.Beri peluang kepada org muda. ALHAMDULILLAH, Psps Riau FC kita menang 1-0,” ujar usahawan itu semalam.
Zamsaham bagaimanapun tampil menjelaskan dirinya tidak terlibat dengan pemilihan formasi dan taktikal pasukan yang ditetapkan oleh jurulatih.
“Setiap LineUp Starting Eleven baik TRW Kelantan maupun PSPS Riau akan saya cek terlebih dahulu dengan Team Head Coach saya, akan saya kumpulkan sebelum pertandingan,” ujar beliau dalam muat naik terbaru.
“Biasanya apa yang disarankan oleh Pelatih Kepala 99% saya akan setuju. Formasi dan taktik tim saya tidak pernah Intervensi. Hanya Sebagai pemilik, saya pikir saya perlu tahu. Hanya sebagai informasi saja.”
📢 | 𝑺𝑻𝑨𝑹𝑻𝑰𝑵𝑮 𝑳𝑰𝑵𝑬 𝑼𝑷
Jafri Sastra's starting XI for #PSPSvPSMS today 🔥🔥#PSPSRiau #PSPS #TheRiauWarriors #AskarBertuah #Liga2 #BangkitBersama #ProkesKetat pic.twitter.com/qd8yb72br1
— PSPS Riau (@pspsriau) October 20, 2021
Dalam muat naik yang sama beliau turut menjelaskan mengapa tindakan itu diperlukan kerana tanggungjawab sebagai pemilik kelab.
“Saya bukan orang yang berinvestasi dengan senang hati, memasukkan uang jutaan ringgit/rupiah lalu melepaskannya begitu saja,” tambah beliau.
“Saya tidak seperti itu. Saya harus membawa sistem baru dan budaya baru dalam hal struktur manajemen, struktur Pelatih Kepala dan Pelatih tim dan pemain yang akan keluar dan masuk