Aksi ‘Terjahan Maut’ Terus Hantui Liga Sosial Di Malaysia

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Kekasaran dan pergaduhan antara yang sering menghantui saingan Liga Sosial di serata Malaysia dengan ianya kini dianggap semakin kerap berlaku.

Terbaharu, satu lagi perkongsian video di media sosial X timbul dengan mempamerkan pertembungan antara pemain membabitkan sesama pasukan di Liga Sosial.

Menerusi perkongsian video tersebut, pemain yang memakai jersi berwarna biru telah pun menerima satu terjahan begitu keras daripada pihak lawan yang mengenakan jersi serba hitam.

Hasil terjahan keras yang dilihat sengaja disasarkan ke betis pemain berjersi biru itu menyebabkan mangsa terus terlantar di atas padang menahan kesakitan sambil dikelilingi orang ramai.

Kesan terjahan daripada pemain berjersi serba hitam itu menyebabkan ramai netizen tampil memberi kritikan keras di ruangan komen video tersebut yang dikongsikan oleh Deno Aswal.

“Allahu… intention dia mmg nak parap… pada mangsa moga dipermudahkan urusan… 6bln silap2 setahun siap fisio baru sembuh… Yg pernah rasa tau la betapa seksanya sepanjang tempoh recovery…,” ujar Ali Fazlee.

“Pernah kena dgn jenis player yg main mcm ni. Abis ligament koyak, setahun gak nk recovery . organizer plak bila kita nk cari details player tu dia xnk bg. Sampai sekarang masih simpan dendam hahaha. Aku doakan biar dia kaki dia patah cacat kekal . Marah betul aku,” marah MuhdKaz.

“Tak payahlah main liga sosial ni ,semua bukan power pun. Acah-acah je. Main jenis nak bertumbuk je,” kata Fazreen Nasir pula mengenai situasi tersebut.

“Ada mana-mana peguam tak sini? Kes ni kalau ada video+medical report confirmation acl, boleh saman ke orang mcm ni? Ni jenayah yang disengajakan ni,” cadang pemilik akaun RebeliousHuman.

Menerusi maklumat diperoleh menerusi media sosial, laporan menyatakan pemain tersebut sebenarnya sudah acapkali melakukan kekasaran sedemikian dalam saingan Liga Sosial.

Malah, pemain tersebut juga dilaporkan terdahulu pernah beraksi di saingan profesional sebelum kini bermain untuk Liga Sosial.

Isu kekasaran tersebut bukannya sesuatu baharu dalam aksi amatur bola sepak di seluruh negara, malah adakalanya ia turut menbawa kepada isu pergaduhan pula di tepi padang.

Tak kurang para penonton yang hadir kadangkala turut menjadi mangsa pergaduhan tidak sepatutnya sehingga menyebabkan kecederaan parah berlaku.

Kami di Semuanya BOLA menolak sekeras-kerasnya untuk aksi keganasan dan pergaduhan dalam saingan sosial di Malaysia kerana bola sepak merupakan wadah hiburan, bukannya tempat melepaskan amarah dalam diri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN