Karier profesional Fernando Torres berakhir dengan penuh signifikan apabila aksi ‘penutup’ beliau adalah bertemu Vissel Kobe yang diperkuatkan dua rakan karibnya ketika bersama skuad kebangsaan Sepanyol.
Menurut sumber The Star Online pada 23 Jun lalu, penyerang yang turut pernah beraksi bersama Atletico Madrid, Liverpool, Chelsea dan AC Milan itu mendedahkan bahawa beliau akan bersara selepas aksi bertemu Vissel Kobe.
Detik itu akhirnya menjelma semalam dan walaupun Sagan Tosu tewas 1-6 ditangan Vissel Kobe, Torres ada alasan untuk tersenyum apabila Andreas Iniesta dan David Villa turut beraksi pada perlawanan tersebut.
Iniesta berjaya mencipta jaringan ketiga buat Vissel Kobe pada minit ke-20 menerusi sepakan penalti manakala Villa masuk sebagai pemain simpanana ketika aksi berbaki 20 minit untuk ditamatkan.
Fernando Torres is greeted by Andres Iniesta as he steps onto the pitch for the last time in his career ❤ pic.twitter.com/1hwBSp1OMr
— GOAL (@goal) August 23, 2019
Kejayaan manis yang dikongsikan ketiga-tiga legenda bola sepak Sepanyol ini sudah pastinya ketika menjuarai Piala Dunia 2010, Kejuaraan Eropah 2008 dan 2012.
Fernando Torres turut menjaringkan gol kemenangan pada aksi final 2008 menewaskan Jerman manakala mencipta satu daripada empat jaringan ketika menumpaskan Itali pada perlawanan akhir 2012.
Sementara itu, Andreas Iniesta pula muncul wira Sepanyol menundukkan Belanda ketika Piala Dunia 2010.
Kredit foto: Twitter & Facebook Vissel Kobe