Ketika ini, beberapa persoalan timbul dalam kalangan peminat mengenai kelibat sulung bintang bola sepak antarabangsa, Jese Rodriguez dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Jese menjadi antara pemain baharu yang ditandatangani Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan musim ini dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi kelab tersebut di saingan Malaysia serta Asia.
Walaupun begitu, pemain tersebut masih lagi belum dibawa turun secara rasmi dalam saingan Liga M musin ini dengan beliau hanya beraksi pada aksi persahabatan serta saingan AFC Champions League Elite (ACLE).
Reputasi tinggi Jese dalam dunia bola sepak profesional jelas menjadi tumpuan utama peminat, kerana beliau dianggap sebagai salah satu ‘big signing’ yang pernah dilakukan oleh JDT.
Untuk rekod, Rodriguez merupakan antara nama besar yang pernah beraksi di Eropah bersama beberapa kelab elit sebelum itu bersama pencapaian sangat menarik untuk diperkatakan.
Bermula dengan Real Madrid B, pemain tersebut mendapat perhatian pasukan utama untuk menyaksikan beliau mencipta penampilan dalam saingan La Liga bersama kelab itu serta merekodkan sejumlah besar jaringan.
Selain itu, pemain kebangsaan Sepanyol ini juga pernah mewakili Paris Saint Germain (PSG) dengan merekodkan dua gol daripada 18 penampilan secara keseluruhan.
Pemain ini juga pernah beraksi di England, Tukiye, serta saingan utama Itali sepanjang karier beliau di Eropah selaku pemain bola sepak profesional.
Kali terakhir beliau beraksi bersama Coritiba FC dalam saingan utama di Brazil dengan hanya merekodkan satu gol sahaja sebelum kini tampil bersama status bebas.
Menentang Negeri Sembilan pada hari ini, sudah tentu kelibat beliau antara ditagih peminat untuk melihat kemampuan penuh beliau di posisi serangan.
Malah, ia dianggap mampu menjadi tonik terbaik daripada segi keyakinan Jese sebelum dibawa turun pada saingan ACLE seterusnya bertemu wakil kelab dari Korea Selatan, Ulsan HD.
Apapun, ia terpulang kepada Hector Bidoglio sendiri untuk mengatur posisi serangan Harimau Selatan petang ini kerana beliau memiliki ramai pilihan pemain di bahagian tersebut.
Ada kemungkinan Jese bakal diletakkan dalam kesebelasan utama atau dibawa turun pada babak kedua selain hanya berada dari tepi padang sahaja melihat rakan sepasukan lain beraksi.
Pandangan anda?