Aksi Separuh Akhir UCL & EL Janjikan Cabaran Lebih Menarik Dari Kelab Bertanding

Separuh akhir

Teka teki mengenai perlawanan separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Europa (EL) terjawab apabila nasib lapan pasukan yang berjaya melepasi cabaran sengit lawan masing-masing telah diketahui semalam.

Liga Juara-Juara Eropah

Juara dua musim berturut-turut Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid bakal diberikan laluan sukar untuk mara ke perlawanan akhir apabila diundi bertemu juara Bundesliga, Bayern Munich.

Sementara itu, Liverpool pula bakal membuat perhitungan bertemu ‘giant killer’ iaitu AS Roma dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Undian bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah ini bagaikan sirih pulang ke gagang buat Mohamed Salah dan James Rodriguez apabila mereka bakal berhadapan kelab terakhir disertai pada musim lalu.

Foto: uefa.com

Seperti semua sedia maklum, Salah merupakan bekas pemain AS Roma pada musim 2016/17 manakala James Rodriguez dipinjamkan ke Bayern Munich dari Real Madrid selepas beliau tiada dalam perancangan Zinedine Zidane musim ini.

Perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah akan diadakan pada 25 dan 26 April. Aksi timbal balik pula bakal berlangsung pada 2 dan 3 Mei.

Perlawanan akhir dijangka akan diadakan di Kiev, Ukraine pada 26 Mei 2018.

Liga Europa

Dalam saingan dalam Liga Europa pula, dua pasukan pilihan juara terpaksa bersaing sesama sendiri dengan lebih awal apabila Arsenal akan menentang Atletico Madrid.

Satu lagi aksi bakal menemukan diantara Marseille dan wakil dari Austria, RB Salzburg.

Foto: uefa.com

Marseille dan Arsenal akan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama yang berlangsung pada 27 April.

4 Mei bakal menjadi detik yang dinanti-nantikan untuk melihat pasukan mana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Pertembungan akhir akan diadakan di Lyon, Perancis pada 16 Mei 2018.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN