Pengendali Selangor B Satiananthan menganggap pertemuan pasukan Selangor dan Perak malam ini, ibarat perlawanan final.
Lagipun perlawanan turut dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang merupakan gelanggang final kepada piala domestik.
Satiananthan berpendapat, perlawanan ini adalah sengit kerana melibatkan 2 pasukan yang besar di Malaysia.
Bercakap keapda Harian Metro, Satiananthan berkata: “Jadi saya kira ini adalah satu lagi perlawanan sukar buat Selangor dan saya mahu pemain anggap ini sebagai perlawanan final bagi meniupkan semangat pemain.”
“Lagipun Bukit Jalil (Stadium Bukit Jalil) selalu langsungkan perlawanan akhir, jadi dah alang-alang kita main di sana, apa salahnya kita ambil aura venue itu sebagai final.”
https://twitter.com/ArenaHM/status/1235914468992798722
Selain itu, B Satiananthan mahu anak buahnya waspada dengan kualiti yang ada pada pasukan The Bos Gaurus yang dibimbing seorang jurulatih yang berkaliber.
Satiananthan percaya Mehmet Durakovic sudah bersedia secara taktikal untuk memerangkap mereka.
Namun Satiananthan juga menegaskan mereka juga ada perancangan tersendiri untuk menghadapi saingan daripada pasukan Perak.