Aksi Persahabatan Antarabangsa Menentang Nepal Ditangguhkan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan penangguhan perlawanan persahabatan antarabangsa “A” antara skuad Harimau Malaya bertemu Nepal yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Mac 2019 ke satu tarikh lain yang akan ditentukan kemudian.

Menurut setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam, perlawanan tersebut tidak dapat diadakan kerana peraturan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hanya membenarkan maksimum dua perlawanan persahabatan sahaja dalam kalendar antarabangsa.

“Meskipun mengetahui garis panduan FIFA yang hanya membenarkan dua perlawanan berstatus “A” pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA, dalam usaha untuk memperbaiki ranking dunia kami, FAM telah cuba untuk membuat rayuan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan FIFA bagi meluluskan perlawanan ketiga itu iaitu menentang Nepal pada 26 Mac 2019.

“Peluang tampak cerah apabila pada 6 Mac 2019, pihak AFC telah meluluskan perlawanan tersebut, namun pada 7 Mac 2019, FIFA telah pun memaklumkan kepada FAM bahawa perlawanan tambahan itu tidak diluluskan sebagai perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus “A”.

“Sebagai menghormati keputusan FIFA itu, FAM dan Persatuan Bolasepak Seluruh Nepal (ANFA) telah bersetuju untuk menangguhkan perlawanan tersebut ke satu tarikh baharu semasa jendela perlawanan antarabangsa FIFA yang akan datang bagi membolehkan kedua-dua negara menikmati peluang untuk mendapat mata bagi kiraan ranking dunia,” katanya dalam satu kenyataan rasmi di laman web FAM.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe dijadualkan bertemu Singapura dalam kejohanan 4 penjuru, Piala AIRMARINE pada hari Rabu, 20 Mac 2019, jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pemenang akan bertemu sama ada Oman atau Afghanistan di perlawanan akhir pada hari Sabtu, 23 Mac 2019, jam 8.45 malam dan dua pasukan yang tewas pula bakal beraksi pada perlawanan merebut tempat ketiga dan keempat, pada pukul 4.30 petang.

Kejohanan itu juga dijadikan sebagai medan terbaik untuk Malaysia memperbaiki kedudukan ranking FIFA bagi mengelak daripada beraksi dalam saingan play-off kelayakan Piala Dunia nanti.

Syarat untuk tidak beraksi dalam aksi play-off, Malaysia perlu berada dalam kelompok ranking ke-34 terbaik Asia. Ketika ini, Malaysia berada di tangga ke-35 Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN