Aksi ‘Pelukan Manja’ Oscar Arribas Tak Halang JDT Untuk Berpesta Gol Atasi KL City

Tindakan pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) Oscar Arribas untuk memeluk penyerang muda Kuala Lumpur City (KL City), Haqimi Azim mengundang padah apabila pasukan tersebut dihukum pengadil menerusi sepakan penalti buat kelab lawan.

Walaupun begitu ia tidak menghalang untuk Harimau Selatan terus berpesta jaringan di gelanggang lawan, apabila pasukan itu mudah mengetepikan cabaran KL City menerusi keputusan 5-1.

Lima jaringan JDT terhasil menerusi Fernando Forestieri dan Juan Muniz Gallego yang masing-masing meledak dua gol serta ledakan tunggal Syahmi Safari selain satu daripada pasukan tuan rumah melalui tonggak Harimau Malaya, Paulo Josue.

Pada aksi tersebut, JDT jelas tampil dengan dominasi permainan cukup baik sejak tiupan awal wisel dibunyikan oleh pengadil dengan beberapa siri serangan dilancarkan mereka untuk mendapatkan gol.

Sebaliknya KL City pula lebih banyak bertahan dan sesekali sahaja melakukan serangan balas untuk cuba mencipta kejutan atasi pasukan pelawat.

JDT memperoleh gol terlebih dahulu menerusi Fernando Forestieri walaupun ada pertikaian dibuat oleh KL City sehingga memerlukan Nazmi Nasaruddin selaku pengadil perlawanan menggunakan Video Assistant Referee (VAR).

Selepas itu, tiba giliran Juan Muniz pula menambah derita buat tuan rumah pada masa tambahan sebelum Josue kembali memberi harapan buat KL City menerusi sepakan penalti.

Kontroversi terjadi sebelum Josue meledak gol penalti apabila tindakan Oscar Arribas menghalang telah pergerakan pemain KL City sehingga mengundang kepada jaringan buat tuan rumah.

Walaupun begitu, aksi di separuh masa kedua jelas memihak kepada skuad kendalian Hector Bidoglio yang memuktamadkan perlawanan menerusi tiga lagi jaringan tambahan dan meletakkan JDT kepada kemenangan kali kedua berturut-turut.

Kemenangan itu menyaksikan kini JDT cemerlang memungut sembilan mata maksima untuk terus berada di puncak liga serta mempamerkan status mereka selaku pencabar kejuaraan Liga Super 2024/2025.

Sebaliknya KL City pula terpaksa menerima hakikat skuad mereka masih banyak kelemahan perlu diperbaiki terutama daripada segi corak permainan mereka ketika menyerang atau bertahan.

Kesebelasan utama

Kuala Lumpur City (KL City): Muhammad Azri Ghani (Penjaga Gol), Ryan Edward Lee Kit Seng Lambert, Jovan Motika, Zhafri Yahya, Giancarlo Gallifuoco, Declan Stephen Lee Kit Meng Lambert, Partiban K.Janasekaran, Kenny Pallraj Davaragi, Paulo Josue (Kapten), Muhammad Haqimi Azim, Brendan Gan

Johor Darul Ta’zim (JDT): Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Penjaga Gol), Matthew Thomas Davies, Shahrul Mohd Saad, Jordi Amat Maas (Kapten), Nathaniel Shio Hong Wan, Bergson Gustavo Silveira da Silva, Fancisco de Oliveira Geraldes, Juan Muniz Gallego, La’vere Lawrence Corbin Ong, Oscar Pasero Arribas, Fernando Martin Forestieri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN