Aksi Luqman Hakim Dapat Kritikan ‘Pedas’ Daripada Legenda Negara

Kelibat penyerang sensasi bawah 23 (B-23) negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin antara pemain yang menerima kritikan selepas ketumpulannya di hadapan gol pada saingan kelayakan Piala Asia B-23 lalu.

Apa tidaknya, pemain yang beraksi di Iceland bersama Njarðvík FC itu gagal untuk meledak sebarang gol ketika mewakili negara baru-baru ini selepas terlibat dalam dua perlawanan.

Antara yang memberi kritikan keras pastinya membabitkan bekas pemain negara suatu ketika iaitu Datuk Jamal Nasir Ismail yang menyifatkan sumbangan Luqman di posisi hadapan negara tidak begitu memberi impak sepanjang saingan tersebut berlangsung.

Malah, laporan dikeluarkan oleh Harian Metro itu juga menyatakan tidak keperluan lagi untuk memanggil Luqman bersama skuad B-23 negara kerana pemain tersebut tidak memberi sebarang keputusan positif diinginkan.

“Sudah-sudahlah panggil Luqman Hakim Shamsudin mewakili skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara kerana kehadirannya tidak membantu pasukan muda negara meraih keputusan positif,” jelas kenyataan tersebut.

Jelas Jamal, ada lagi pemain lain lebih layak untuk mewakili negara selain Luqman dan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menutup ruang kepada bintang muda itu bersama skuad kebangsaan.

“Saya lebih tertarik melihat aksi Luqman dan bagi saya selepas ini mungkin tidak perlu lagi panggil dia mewakili skuad B-23 kerana tidak nampak impak kepada pasukan.

“Minta maaf mungkin apa yang saya katakan tidak dipersetujui beberapa pihak namun itulah kenyatannya kerana jika beraksi di luar negara tidak semestinya pemain itu boleh beraksi dengan baik apabila mewakili negara.

“Sepatutnya Luqman yang sudah berkelana lebih dua tahun di luar negara mempamerkan aksi konsisten dan bagus namun apa saya lihat dia banyak berlari di atas padang.

“Sebagai penyerang, dia perlu tahu untuk mendapatkan menjaringkan gol atau sekurang-kurangnya mencipta gerakan supaya rakan boleh merobek kubu lawan namun situasi itu tidak berlaku,” katanya lagi.

Luqman antara pemain baharu yang dipanggil untuk mewakili skuad B-23 negara oleh E. Elavarasan bersama Nooa Laine serta beberapa lagi tonggak penting selepas pasukan tersebut tampil hambar pada saingan Piala AFF sebelum itu.

Pada pengamatan Semuanya BOLA, situasi yang berlaku itu tidak seharusnya dengan meletakkan kesalahan kepada Luqman sahaja kerana pemain tersebut hanya mempunyai tempoh seketika untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan sebelum aksi kelayakan itu berlangsung.

Luqman Hakim & Nooa Laine Dipanggil Sertai Latihan Skuad B-23 Negara

Malah, isu persefahaman sesama para pemain juga menjadi punca posisi serangan negara tampil longlai dengan kesilapan membuat hantaran serta posisi antara mereka tidak tepat untuk menerima umpanan.

Malah ianya juga diakui oleh Elavarasan tentang kualiti penyudah dimiliki pasukan kendaliannya terutama sekali pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan H bertemu Thailand.

Walaupun gagal mendapatkan sebarang gol, impak diberikan Luqman masih dirasai terutama sekali ketika aksi bertemu Filipina selepas kelincahannya membuka ruang buat rakan sepasukan lain mendapatkan jaringan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN