Aksi Liga Super Pahang Menentang FELDA United Ditangguhkan

Badan pentadbir liga, Malaysia Football League (MFL) mengesahkan perlawanan Liga Super diantara Pahang menentang FELDA United yang dijadualkan berlangsung pada hari sabtu ini (25 Mei 2019) di Stadium Darul Makmur telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penangguhan itu adalah bagi menghormati kemangkatan Sultan Pahang yang ke 5, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah yang juga merupakan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

MFL turut mengarahkan upacara bertafakur selama satu minit diadakan sebelum sepak mula bagi semua perlawanan Liga Malaysia pada 24 hingga 26 Mei ini.

FOTO: Christopher Raj twitter

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan seluruh warga bola sepak tempatan serta antarabangsa turut berkabung di atas kemangkatan Almarhum yang meninggalkan impak cukup besar sepanjang pembabitan Baginda dalam sukan Nombor 1 ini, bermula sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah adalah Presiden FAM yang paling lama berkhidmat, menggantikan Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah pada 1984 sehingga memberi laluan kepada anakanda Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, pada 2014.

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata dalam Utusan Malaysia, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MFL kerana peka dengan situasi semasa yang berlaku dalam negara.

“Tindakan penangguhan perlawanan ini sangat wajar ketika seluruh rakyat Pahang sedang bersedih dengan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

“Seluruh rakyat Pahang juga sedang berkabung dan tidak ada majlis rasmi atau keraian dijalan dalam tempoh tiga hari selepas kemangkatannya,” katanya.

Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah amat dirasai oleh pemain pasukan Pahang dan para penyokong setia skuad Tok Gajah.

“Terlalu banyak sumbangan Almarhum Paduka Ayahanda dalam pembangunan bola sepak Pahang dan Malaysia yang akan kita kenang sampai bila-bila,” jelasnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN