Cristiano Ronaldo sememangnya dikenali sebagai pemain yang kerap memecahkan rekod di dalam dunia bola sepak.
Kali ini Ronaldo melakukannya dengan bergaya. Pertama adalah kerana Ronaldo tampil di dalam perlawanan senior ke-1000 berhadapan SPAL.
Kemudian Ronaldo menyamai rekod di Serie A, tampil sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut.
Itulah yang dilakukan oleh Ronaldo, tatkala Lionel Messi yang sering dijadikan perbandingan dengan beliau menjaringka empat gol untuk membelasah Eibar.
Dalam perlawanan menentang SPAL pada pagi tadi, Ronaldo menyambut hantaran Juan Cuadrado sekaligus berkongsi rekod dengan Gabriel Batistuta dan Fabio Quagliarella.
Bekas pemain Arsenal, Aaron Ramsey menjaringkan gol kedua untuk Juventus mengatasai SPAL 2-1.
Ramsey menampilkan penyudah yang tenang untuk gol beliau itu. Berpunca dari gerakan oleh Paulo Dybala, Ramsey kemudiannya tenang melambungkan bola mengatasi penjaga gol SPAL, Ertit Berisha.
Andrea Petagnalater kemudiannya berjaya menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-69 hasil dari sepakan penalti.
Kemenangan ini memberikan kelebihan empat mata ke atas skuad Maurizio Sarri di kemuncak Serie A. Lazio dan Inter Milan pula hanya akan beraksi lewat malam ini.
Pelawanan ini turut menyaksikan Ronaldo menggegarkan gawang lawan hasil sepakan percuma pada babak awal perlawanan. Sehingga kini kapten Portugal itu telah menjaringkan 16 gol dari 11 perlawanan terakhir untuk Juventus.
Dengan 36 gol dari 36 perlawanan untuk kelab dan pasukan negaranya, Ronaldo kini berada di ambang mencipta rekod baharu Serie A sebagai penjaring berturut-turut kepada 12 perlawanan.
Lawan Juventus seterusnya di Serie A adalah Inter Milan pada 1 Mac hadapan.