Aksi Jordi Amat Terima Kritikan Keras Daripada Media Indonesia

Pertahanan Indonesia, Jordi Amat antara pemain yang terlepas daripada menerima kritikan dalam kalangan media negara tersebut selepas Sang Garuda mencatat kekalahan besar 0-4 di tangan Libya.

Indonesia ketika ini sedang berada di Turki untuk menjalani kem latihan pusat sebagai medan persediaan untuk menghadapi saingan Piala Asia 2023 tidak lama lagi.

Sepanjang berada di Turki, skuad kendalian Shin Tae-yong sah akan menghadapi cabaran tiga perlawanan persahabatan dengan membabitkan Libya sebanyak dua kali serta Iran.

Walaupun begitu, segalanya tampak tidak begitu berjalan lancar daripada segi momentum positif mereka selepas Indonesia tewas menerusi keputusan besar 0-4 di tangan Libya.

Sebenarnya, Indonesia tampil dengan begitu menyakinkan pada aksi tersebut menerusi penguasaan penuh permainan, namun ketumpulan serangan serta kerapuhan jentera pertahanan menyaksikan Libya mudah mendapatkan empat jaringan.

Malah, nama Jordi Amat turut menjadi perhatian pada aksi tersebut selepas beliau tampil dengan tidak konsisten serta membuat kesilapan untuk memberi pasukan lawan memperoleh gol.

Menurut media Indonesia iaitu Bola.com, Jordi telah membuat beberapa kesilapan tidak sepatutnya terutama sekali pada masa tambahan di separuh masa kedua perlawanan.

Kesilapan Jordi yang melepaskan penguasaan bola kepada pemain lawan iaitu Alaa Al Qadjar membuka ruang kepada beliau untuk mendapatkan gol terakhir Libya pada saingan tersebut.

Selain itu, Jordi juga dianggap sebagai punca awal Indonesia dibolosi jaringan kedua perlawanan menerusi kesalahannya bersama bintang warisan baharu Sang Garuda, Justin Hubner.

Nama Jordi pada aksi antarabangsa bersama Indonesia sebelum ini juga pernah menjadi bualan para penyokong di sana atas kesilapan dilakukan beliau merugikan pasukan.

Tampil sebagai antara pemain paling berpengalaman, pastinya para penyokong Sang Garuda mengharapkan sesuatu lebih positif mampu dilakar bersama pasukan tersebut di pentas antarabangsa terutama sekali saingan Piala Asia 2023.

Apapun, sudah tentu Jordi sendiri enggan melihat keputusan negatif tersebut terus melanda Indonesia dengan kebangkitan segera perlu dilakukan untuk aksi akan datang.

Apatah lagi beliau juga merupakan pemain paling banyak pengalaman di pentas antarabangsa untuk berdepan dengan barisan serangan jauh lebih berkualiti.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN