Legenda Liverpool, Jamie Carragher percaya yang Joe Gomez sebenarnya telah mempamerkan aksi terburuk sepanjang kariernya ketika bertemu Napoli kemarin.
Carragher merasakan Joe Gomez tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan tersebut dan ia merupakan persembahan terburuk bintang England itu sepanjang kariernya di Anfield.
Gomez diturunkan sebagai kesebelasan utama bersama Virgil van Dijk dalam perlawanan tersebut, dengan kedua-dua pemain centre-back itu sebenarnya pernah menghasilkan gandingan yang cukup menakjubkan.
Trent and Joe Gomez are finished players #Kvaradona https://t.co/Qa2IhvGffk
— Regista (@registaco) September 8, 2022
Walau bagaimanapun, persembahan buruk yang Gomez persembahkan pada aksi babak pertama menyebabkan Jurgen Klopp terpaksa mengeluarkannya pada aksi babak kedua permainan.
Gergasi Merseyside itu juga sebenarnya turut bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik mereka dalam saingan Premier League musim ini.
The Reds hanya mampu mencatatkan dua kemenangan dari enam perlawanan pertama mereka musim ini dan ia jelas sekali bukan permulaan yang baik untuk pasukan yang hampir memenangi gelaran quadruple pada musim lalu itu.
Aksi hambar Liverpool dalam saingan Premier League berlanjutan sehingga ke saingan Champions League, selepas skuad The Reds dibelasah 4-1 oleh Napoli kemarin.
Jamie Carragher:
“It’s not a criticism of him, that’s a criticism of the club. Liverpool should not be in a position where James Milner is playing in midfield at 36.” 🔴https://t.co/UoT5I35joQ
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) September 9, 2022
10 minit pertama permainan Liverpool sudah ketinggalan 1-0 selepas Napoli dihadiahkan sepakan penalti kerana bola terkena tangan James Milner.
Kelab dari saingan Serie A itu kemudiannya berjaya menjaringkan dua lagi gol untuk mendahului Liverpool 3-0 pada aksi babak pertama permainan.
Gomez dipersalahkan untuk gol ketiga Napoli dan Carragher sangat-sangat tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain berusia 25 tahun itu.
“Saya maksudkan cara bertahan itu sangat mengejutkan.”
Jelas Jamie Carragher.
“Gomez sebenarnya telah melalui aksi babak pertama yang paling teruk sepanjang karier dia sebelum ini. Dan kerana itu dia dikeluarkan pada aksi babak kedua.”
“Saya rasa mereka boleh kena tiga ke empat gol sebelum rehat, bukan hanya tiga.”
“Untuk bolos macam Liverpool lakukan pada aksi babak pertama, kemudian dua minit masuk ke babak kedua, bolos lagi gol macam itu.”
“Maksud saya, kita bercakap tentang pemain yang dah menang Champions League dan Premier League. Ia sangat memalukan. Agak kelakar ketika melihat cara bagaimana pemain bertahan pada tahap ini seperti itu.”
Ia merupakan minggu yang sukar untuk Liverpool dengan Trent Alexander Arnold dan Virgil Van Dijk turut berdepan pelbagai kritikan atas persembahan teruk mereka pamerkan sejak kebelakangan ini.
Gomez juga sebenarnya teruk dihentam oleh pelbagai pihak atas aksi hambar dan tidak menentu yang beliau persembahkan sejak pulih dari kecederaan.
Jamie Carragher: “It’s embarrassing, it really is. I said before, it’s kids’ stuff and this is the big problem with Liverpool. They’ve built their success on intensity on the ball, which means their opposition can’t get their head up to put the ball over.” @CBSSportsGolazo https://t.co/2IL1zAvhuw
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) September 7, 2022
Jurgen Klopp tentu saja akan sangat berharap pemain pertahanan beliau akan mampu mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka dan kembali bangkit meneruskan baki saingan musim ini.