Aksi Eden Hazard Dan Danny Drinkwater Dapat Pujian Antonio Conte Selepas Benam Newcastle United

Antonio Conte

Pengurus Chelsea, Antonio Conte ternyata berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya terutama dari Eden Hazard dan Danny Drinkwater ketika membenam cabaran Newcastle United 3-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi.

Menurut Antonio Conte dalam laman web rasmi Chelsea, beliau gembira dengan aksi yang dipamerkan oleh anak buahnya.

”Kami mesti gembira dengan kemenangan ini, ianya merupakan jawapan yang bagus daripada para pemain saya,” kata pengurus dari Itali itu.

”Kami mungkin bermula dengan sedikit perlahan tetapi selepas ketinggalan 1-0, kami mula untuk bermain dengan intensiti tinggi dan mendapat peluang menghasilkan jaringan. Ia merupakan persembahan yang baik oleh para pemain saya dan saya begitu gembira dengan kemenangan ini.”

”Bukan mudah untuk bangkit dari ketinggalan satu gol dan mempunyai keinginan untuk kembali bangkit mencatatkan kemenangan. Ia sangat penting untuk memperoleh tiga mata dan kami berjaya melakukannya.”

Pada perlawanan tersebut Eden Hazard seperti kebiasaan akan menjadi nadi penggerak kreatif dalam usaha mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan disamping membantu Alvaro Morata.

Hazard berjaya menyumbangkan dua jaringan pada perlawanan ini. Salah satu daripada gol yang dihasilkan adalah menerusi sepakan penalti menarik yang dikenali sebagai ‘Panenka’ bagi menewaskan Karl Darlow di gawang Newcastle.

”Dia (Eden Hazard) bermain dengan sangat baik. Saya rasa dia begitu menikmati bermain bola sepak jenis seperti ini. Eden merupakan pemain yang penting buat kami kerana dia, kami boleh mengubah sistem kami, dia boleh bermain sebagai penyerang kedua atau tugas pemain nombor 10 apabila kami menggunakan formasi 3-4-3.”

”Eden dan Alvaro (Morata) mempamerkan persefahaman yang hebat hari ini (semalam), saya melihat banyak kombinasi permainan yang baik. Saya gembira tetapi liga ini memerlukan pasukan melakukan perkara luar biasa.”

”Apa yang penting bagi saya adalah dia menyempurnakan sepakan penalti. Anda (pemain) boleh memilih untuk melakukan apa juga kaedah sepakan tetapi yang paling penting adalah untuk menjaringkan gol dan Eden melakukannya, jadi saya gembira. Dia perlu lebih berhati-hati selepas ini kerana penjaga gol akan mengkaji pemain yang mengambil sepakan penalti, tetapi dia boleh untuk mengulangi cara sepakan tersebut.”

Dalam pada masa yang sama, Conte turut memuji persembahan yang ditunjukkan pemain tengah, Danny Drinkwater.

”Hari ini dia (Drinkwater) bermula sama seperti pasukan kami, dengan perlahan tetapi kemudiannya dia begitu meningkat. Ini merupakan perkara yang hebat buat saya dan pasukan kerana mempunyai satu lagi pilihan, terutamanya ketika bermain dengan tiga pemain tengah. Mempunyai pilihan lain itu adalah sangat penting.”

Perlawanan ini juga merupakan aksi 90 minit pertama buat Danny Drinkwater selepas 6 bulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN