“Aksi Dengan Kelab Adalah Suatu Yang Bagus” – Pau Marti Vicente

Pengendali Harimau Malaya iaitu Pau Marti Vicente menyifatkan aksi persahabatan yang bakal berlangsung pada hari esok membabitkan skuadnya menentang Auckland FC sebagai suatu cukup positif.

Terdahulu, segala persoalan yang bermain di minda peminat bola sepak Malaysia mengenai lawan pertama skuad kebangsaan di New Zealand akhirnya tersingkap, selepas mereka disahkan bakal bertemu Auckland FC bagi siri persahabatan Tier 2.

Aksi yang bakal berlangsung pada hari esok ini menyaksikan Pau Marti berpeluang untuk menguji barisan pemain beliau daripada segi persefahaman serta percaturan taktikal selain melihat kemampuan bakat-bakat baharu.

Malah ia dianggap sebagai medan terbaik buat skuad kebangsaan untuk menyesuaikan diri terlebih dahulu sebelum bertemu pasukan New Zealand.

Untuk bekas jurulatih pembangunan Barcelona itu, beliau mengakui memiliki dua fokus untuk diberi tumpuan pada aksi itu dengan salah satunya memberi minit permainan kepada para pemain.

Selain itu, beliau juga bakal menjadikan aksi tersebut sebagai medan pertama untuk menambat hati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali gus mengekalkan beliau selaku jurulatih utama.

Pada masa sama, Vicente juga turut menuntut daripada para pemain supaya memberikan aksi terbaik serta dapat memberi gambaran lebih jelas buat dirinya memilih senarai kesebelasan utama berdepan New Zealand.

“Saya fikir kelab itu cukup kuat dan ia akan membantu pemain untuk dapatkan minit permainan. Walaupun hanya dapat satu perlawanan rasmi, aksi dengan kelab adalah sesuatu yang bagus untuk saya membuat penilaian.

“Barisan kejurulatihan pastinya gembira dengan peluang ini,” kata beliau menerusi perkongsian dibuat oleh Kosmo mengenai aksi tersebut yang akan berlangsung pada hari esok.

Untuk rekod, Auckland FC turut diperkuatkan oleh bekas bintang kebangsaan Jepun iaitu Hiroki Sakai yang mempunyai reputasi tinggi dalam dunia bola sepak antarabangsa.

Selepas bertemu Auckland FC, skuad Harimau Malaya bakal membuat perhitungan seterusnya pula berdepan New Zealand yang dianggap bakal memberi cabaran serta ujian terbesar kepada Pau Marti sendiri.

Antara nama besar bakal dihadapi pasukan negara termasuklah bintang bola sepak Nottingham Forest pada musim ini di pentas English Premier League (EPL) iaitu Chris Wood.

Selain itu, beberapa lagi nama pemain handalan New Zealand termasuk Marko Stamenic antara dijangka bakal mencipta penampilan bertemu Harimau Malaya.

Sumber:
KOSMO

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN