VIDEO: Saksikan Aksi ‘Heroic’ De Gea Selamatkan Man Utd Menentang Sevilla

Tidak banyak perkara yang boleh memberikan senyuman kepada penyokong Manchester United selepas menyaksikan pasukan mereka sekadar terikat tanpa jaringan ketika menentang Sevilla di pertandingan UEFA Champions League pada awal pagi tadi.

Jika ada perkara positif yang boleh diambil daripada perlawanan tersebut, is semestinya aksi luar biasa David De Gea, yang memastikan United masih kekal kompetitif untuk ke peringkat seterusnya.

(Photo credit should read CRISTINA QUICLER/AFP/Getty Images)

Secara keseluruhan, penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu menyelamatkan 8 percubaan tepat daripada Sevilla. Daripada 8 percubaan tersebut, tandukan penyerang antarabangsa Colombia, Luis Muriel yang paling mencuri tumpuan.

Muriel tidak dikawal oleh mana-mana pemain United di dalam kawasan kotak penalti, sebelum pemain tersebut menyambar hantaran lintang rakan sepasukan dengan tandukan dari jarak dekat.

(Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

Tandukan tersebut berkelajuan 48mph, atau bersamaan dengan 77.2KM/J. Jangan risau. Tiada saman AES jika anda memandu kenderaan selaju itu di lebuhraya di Malaysia. Namun ia tetap deras untuk percubaan dari jarak dekat.

Percubaan tersebut kelihatan seperti hampir pasti menerjah jaring gawang Manchester United.

(Photo credit should read JORGE GUERRERO/AFP/Getty Images)

Namun penjaga gol berusia 27 tahun itu hanya memerlukan 0.26 saat untuk bertindak balas, sekaligus menepis keluar percubaan Muriel.

Aksi De Gea tersebut mengujakan mereka yang berada di stadium. Hanya pengurus, Jose Mourinho yang tidak mempunyai reaksi seperti tidak terkejut dengan aksi De Gea.

Pada musim ini, De Gea telah menyelamatkan 18 daripada 19 percubaan tepat ke arah gawangnya. Satu-satunya gol yang membolosi gawang United di Eropah pada musim ini ialah ketika menewaskan CSKA Moscow 4-1 di peringkat kumpulan.

Ketika rehat babak pertama perlawanan, Muriel sempat menemui De Gea untuk aksi menyelamat tersebut.

Ia sekaligus mengingatkan kita bagaimana legenda Brazil, Pele pergi ke arah Gordon Banks selepas penjaga gol England itu menyelamakan percubaan beliau di Piala Dunia 1970.

Bagaimanapun, Mourinho memilih untuk memuji barisan pemain pertahanannya terlebih dahulu sebelum De Gea. Selepas perlawanan, Mourinho dipetik sebagai berkata:

“Kami tidak dibolosi di dalam perlawanan ini kerana aksi pemain ketika bertahan, dan juga kerana De Gea.”

“Pasukan ini juga tidak dibolosi ketika Sergio Romero di hadapan gol. Walaupun terdapat beberapa kekurangan, pemain telah melakukan tugas pertahanan dengan baik.”

“David (De Gea) turut berada di situ, dan kita membawa perlawanan ke Old Trafford tanpa dibolosi.”

Komen terbaru oleh Mourinho ini pasti akan menimbulkan perdebatan di kalangan penyokong Manchester United. Penjaga gol terbaik dunia? Apa pendapat anda?

Jom saksikan kompilasi aksi menyelamat David De Gea melalui pautan video di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN