Aksi Cemerlang Wesley Fofana Menentang Man Utd Walaupun Berpuasa Penuh Dikagumi Brendan Rodgers

Brendan Rodgers tidak menyembunyikan kekaguman beliau terhadap prestasi cemerlang Wesley Fofana ketika membantu Leicester mengikat Manchester United 1-1 pada hujung minggu lalu walaupun pemain itu berpuasa penuh.

Fofana adalah pemain utama Leicester di dalam perlawanan tersebut dan menampilkan aksi cemerlang di Old Trafford, dan The Fox kurang bernasib baik kerana menamatkan perlawanan hanya dengan keputusan seri.

Pemain berasal dari Perancis itu telah menjadi nadi utama pasukan pada musim pertamanya beraksi di England sejak menyertai kelab itu pada Oktober 2020.

Musim keduanya bagaimanapun direncatkan dengan kecederaan serius apabila mengalami patah kaki – menyebabkan beliau terpaksa disisihkan selama semusim.

Dan kini pemain pertahanan berusia 21 tahun itu kembali menyertai kesebelasan utama Leicester selepas 78 minit aksi di UEFA Conference League di Rennes, sebelum beraksi 90 minit perlawanan menentang Manchester United pada hujung minggu lalu.

Apa yang dilalui oleh Fofana sebenarnya tidak mudah. Rodgers mendedahkan Fofana turut berpuasa penuh ketika Ramadhan turut tiba.

“Beliau baru memulakan [berpuasa] pada bulan Ramadan,” kata Rodgers yang nyata kagum akan kemampuan pemain itu.

“Beliau belum menjamah atau minum apa-apa.

“Untuk beraksi di tahap dan prestasi seperti itu [sambil berpuasa] menjelaskan siapa dirinya yang sebenar sebagai seorang pemain.”

Pemain yang dibawa masuk dengan nilai £36.5 juta dari Saint Etienne beraksi dengan cemerlang menentang United yang jelas gagal mendominasi perlawanan.

Satu mata yang diraih di Old Trafford turut membenarkan skuad kendalian Rodgers menduduki tangga ke-9 Liga Perdana Inggeris.

Selepas persembahan positif menentang United, tumpuan Leicester kini beralkih kepada perlawanan menentang wakil Belanda, PSV Eindhoven di peringkat suku akhir UEFA Conference League pada Khamis akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN