Aksi Cemerlang Kalamullah Al-Hafiz Pastikan Kedah Menang Bergaya Di Laman Sendiri

Kedah Darul Aman (Kedah) berjaya meraih kemenangan penting dalam saingan Liga Super untuk mengesahkan kedudukan ketiga mereka setakat ini, dengan menewaskan pencabar terdekat Sri Pahang menerusi keputusan penuh 2-0.

Tampil dengan kekalahan pada aksi lalu pada saingan pertama Piala Malaysia, pastinya Nafuzi Zain mahu skuad kendaliannya kembali mencipta kebangkitan di laman sendiri untuk mengembalikan keyakinan para penyokong.

Dua gol Kedah terhasil menerusi penyerang berbisa mereka iaitu Ifedayo Olusegun pada minit keempat serta gol sulung daripada pemain sayap baharu Sang Kenari, J. Partiban di separuh masa kedua.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman (SDA) itu, Kedah berjaya mempamerkan aksi lebih bertenaga untuk menguasai permainan berbanding pelawat yang tampil dengan serba kekurangan.

Tampil dengan sedikit perubahan berbanding aksi ketika menentang Perak, Nafuzi Zain kembali menurunkan Amirbek Juraboev dalam senarai kesebelasan utama untuk memperkukuhkan jentera serangan serta menguasai bahagian tengah.

Sri Pahang pula hadir dengan sedikit tumpul, setelah pasangan Kpah Sherman iaitu Rafael Silva tidak disenaraikan pada aksi ini untuk menentang Kedah.

Jelas kesan tersebut dirasai oleh kem Sri Pahang, selepas pasukan itu mengalami kesukaran untuk memburu sebarang gol dan lebih mengharapkan kepada situasi bola mati.

Malah, beberapa perubahan dibuat oleh skuad Fandi Ahmad di separuh masa kedua juga gagal untuk memberi impak lebih baik dengan disiplin pertahanan Kedah jelas sukar untuk digugat.

Tumpuan pastinya diberikan kepada Amirbek pada perlawanan ini selepas isu penguasaan tengah Sang Kenari dilihat kembali stabil selepas berjaya membentuk gandingan cukup baik bersama Amirul Hisyam serta Manuel Ott.

Malah, Rodney Celvin juga berjaya membentuk gandingan cukup positif berjaya Bojan Ciger untuk menafikan banyak gerakan lincah yang dicipta oleh barisan serangan Sri Pahang sepanjang aksi berlangsung.

Antara pemain yang wajar mendapat pujian pastinya terarah kepada penjaga gol Sang Kenari iaitu Kalamullah Al-Hafiz yang berjaya menafikan banyak percubaan berbahaya daripada pelawat khususnya daripada situasi sepakan bebas.

Menerusi kemenangan itu, Kedah kini sudah boleh untuk cuba mencongak kedudukan kedua Liga Super pula jika tampil konsisten dengan mengetepikan cabaran Selangor untuk slot ke saingan Asia.

Kesebelasan utama

Kedah Darul Aman: Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Penjaga gol), Rodney Celvin Akwensivie, Bojan Ciger, Amirbek Juraboev, Manuel Gelito Ott (Kapten), Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi, Partiban K. Janasekaran, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik, Manuel Federico Hidalgo Gasparini

Sri Pahang: Mohd Izham Tarmizi (Penjaga gol), Michael John Glassock, Kevin Langbehn Ingreso, Kuvondik Ruziev, Kpah Sean Sherman (Kapten), Nur Shamie Iszuan Amin, Muhamad Baqiuddin Shamsudin, Stefano Brundo, Muhamad Nor Abdul Azam Azih, Mohamad Azwan Mohd Aripin, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN