Aksi Bintang Muda Chelsea Trevoh Chalobah Ketika Bertemu Villarreal Curi Tumpuan

Trevoh Chalobah telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bertemu Villarreal awal pagi tadi.

Aksi hebat yang beliau pamerkan berjaya mencuri perhatian peminat yang merasakan beliau sudah cukup layak untuk beraksi bersama skuad utama Chelsea.

Bintang berusia 22 tahun itu merupakan produk akademi Chelsea yang sebelum ini telah dipinjamkan untuk beraksi bersama beberapa buah pasukan lain.

Beliau pernah dipinjamkan ke Ipswich Town, Huddersfield dan terakhir beliau pada musim lalu telah beraksi untuk FC Lorient dalam saingan Ligue 1.

Ketika aksi pra musim Chelsea bertemu Bournemouth, Chalobah telah dimasukkan pada aksi babak kedua permainan, dan beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa mengagumkan.

Beliau kemudiannya telah diturunkan dalam kesebelasan utama Chelsea ketika aksi perlawanan persahabatan bertemu Arsenal dan Tottenham Hotspur sebelum ini.

Dek kerana beliau terus menerus mempamerkan aksi persembahan yang mengagumkan, Thomas Tuchel telah menurunkan beliau dalam kesebelasan utama The Blues ketika bertemu Villarreal dalam saingan UEFA Super Cup.

Trevoh Chalobah telah memukau peminat seluruh dunia dengan aksi hebatnya sepanjang 120 minit permainan dengan mencatatkan statistik yang sungguh menakjubkan.

Dari 120 minit permainan, beliau berjaya membuat 147 sentuhan, yang mana ia merupakan statistik tertinggi untuk mana-mana pemain lain di atas padang.

Beliau juga berjaya melengkapkan 123 hantaran tepat dan cemerlang melakukan 5 pintasan yang mana ia juga merupakan statistik terbaik berbanding semua pemain lain di atas padang.

Selain itu, Chalobah turut memenangi tiga perebutan bola, melakukan lima ‘clearances’, melakukan dua terjahan sempurna, tidak berjaya digelecek dan mencatatkan rating tertinggi dalam perlawanan itu.

Ia merupakan debut yang sangat sempurna untuk bintang muda Chelsea itu, dengan ramai peminat yang berharap agar kelab tidak meminjamkan beliau keluar sertai pasukan lain musim baharu ini.

Thomas Tuchel sendiri turut memuji produk akademi kelab itu sebelum aksi perlawanan bertemu Villarreal ini dengan menyatakan:

“Dia bermain dengan sangat bagus ketika bertemu Bournemouth, Arsenal dan Spurs. Dia antara orang pertama akan sampai di padang latihan, mempunyai kekuatan fizikal dan berhak untuk bermain bersama skuad utama.”

“Ia agak mengagumkan. Dia memaksa kami untuk berfikir semula tentang dia. Kami masih ada masa beberapa hari lagi untuk memikirkan tentang masa depan dia.”

Selepas melihat aksi cemerlang beliau dalam perlawanan akhir UEFA Super Cup, tidak mustahil Thomas Tuchel akan mempertimbangkan untuk kekalkan Trevoh Chalobah dalam skuadnya.

Chelsea berjaya menewaskan Villarreal menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit permainan.

Hakim Ziyech terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Chelsea pada aksi babak pertama permainan, sebelum Gerard Moreno menyamakan kedudukan pada aksi babak kedua permainan.

Thomas Tuchel melakukan percaturan yang sangat bijak dengan mengeluarkan Edouard Mendy pada minit akhir aksi tambahan masa, dan memasukkan Kepa Arrizabalaga.

Ia sememangnya perancangan beliau sejak awal lagi, dengan beliau mahu menggunakan penjaga gol Sepanyol itu untuk aksi penentuan sepakan penalti.

Tuchel bersama barisan kejurulatihan beliau mempunyai data analisis yang membuktikan bahawa Kepa lebih baik dari peratusan untuk menyelamatkan sepakan penalti berbanding Mendy.

Kerana itulah beliau memilih untuk memasukkan penjaga gol termahal dunia itu pada penghujung minit permainan, semata-mata untuk aksi penentuan sepakan penalti.

Atas alasan yang sama jugalah Mendy tidak kisah dikeluarkan walau beliau sendiri sudah beraksi dengan sangat cemerlang sepanjang 120 minit permainan.

Kerana beliau sedar dan tahu, pertukaran itu sudah sememangnya ada dalam perancangan jurulatihnya, Thomas Tuchel.

Chelsea sebelum ini tiga kali mencuba nasib untuk memenangi gelaran UEFA Super Cup namun sayangnya mereka tewas di tangan Atletico Madrid (2012), Bayern Munich (2013) dan Liverpool (2019).

Tuchel berjaya mengakhiri badi tersebut dengan berjaya membantu The Blues memenangi Piala Super Cup kedua mereka selepas sebelum ini dimenangi pada tahun 1998 dengan mereka ketika itu berjaya menewaskan Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN