Aksi Bertemu Perak Cukup Mencabar Buat Kami – Natxo Insa

Natxo Insa

Pemain tonggak Johor Darul Takzim (JDT), Ignacio ‘Natxo’ Insa Bohigues mahukan kemenangan ketika bertemu Perak pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 yang berlangsung esok tetapi tetap berwaspada dengan ancaman yang bakal dijelmakan skuad The Bos Gaurus itu.

Tanpa mahu memperkecilkan keupayaan pasukan Perak yang telah membuktikannya apabila berjaya menewaskan JDT 2-1 di Stadium Perak, Ipoh pada Februari lalu, Insa menganggap Perak bukanlah calang-calang pasukan yang mudah untuk ditewaskan.

“Apapun, aksi menentang Perak tentunya cukup mencabar buat kami dan perlu bersiap sedia dengan corak permainan yang lebih mantap kerana aksi pertama di tempat lawan dan kami mahu cari kemenangan sekali gus membawa pulang bekalan selesa.”

“Walaupun ada ketika mereka bermain agak keras namun itu sudah lumrah dalam permainan bola sepak dan kami harus bijak mengatasi corak permainan itu dan paling penting sentiasa tenang dan mengikut perancangan taktikal yang dibentuk jurulatih (Ulisses Morais),” kata Insa kepada Berita Harian.

Insa juga beranggapan corak permainan serangan balas pantas yang dimiliki Perak juga mampu menghadirkan ancaman yang hebat buat pemain pertahanan JDT.

Pemain kelahiran Sepanyol itu turut melihat perkembangan yang positif dalam sesi latihan pasukannya ketika ini dan mengatakan kesemua pemain sudah bersedia menghadapi perlawanan separuh akhir itu nanti.

“Sepanjang lebih dua minggu kami membuat persiapan dan saya lihat sendiri semua rakan sepasukan memberi komitmen yang tinggi dalam latihan dan kami sudah bersedia untuk berdepan Perak,” kata Insa lagi.

Natxo Insa juga turut memainkan peranan penting ketika JDT menewaskan Perak 2-1 dalam aksi Liga Super pada 26 Julai lalu di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin.

Perak dan JDT akan membuat perhitungan pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh pada jam 9.00 malam esok.

Dalam perkembangan lain, sebelum ini Natxo Insa dipilih oleh peminat bola sepak tanah air sebagai Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)-asiana.my edisi September 2017.

Kredit foto : Johor Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN