Aksi Akhyar Rashid Buat Harimau Malaya Dipertikai Peminat, Kenapa?

Kelibat pemain sayap kebangsaan iaitu Akhyar Rashid antara menjadi mangsa pertikaian peminat di media sosial yang kurang berpuas hati akan aksi dipamerkan beliau di pentas antarabangsa.

Terdahulu, Akhyar dibawa turun Pau Marti Vicente di separuh masa kedua bagi aksi akhir kejohanan Pestabola Merdeka 2024 ketika skuad kebangsaan menghadapi cabaran Lubnan.

Hadir menggantikan Syafiq Ahmad yang dianggap sangat cemerlang di separuh masa pertama, impak diberikan oleh pemain sayap Terengganu itu gagal memberi kesan positif buat siri serangan Malaysia.

Beberapa kali pada aksi tersebut Akhyar mendapat umpanan atau lorongan berkualiti daripada rakan sepasukan lain sebelum beliau gagal menoktahkan kepada bentuk gol atau gerakan lebih sempurna bagi menghasilkan sesuatu positif.

Daripada segi kawalan individu, gelecekan pemain tersebut juga mudah dibaca pertahanan lawan selain kualiti ditampilkan beliau kurang menyakinkan jika dibandingkan oleh Syafiq di separuh masa pertama.

Paling mencuri tumpuan pastinya ketika minit ke-55 sewaktu Malaysia memperoleh ruang untuk mendapatkan gol kedua permainan hasil gerakan bijak daripada Arif Aiman sebelum percubaan Akhyar mudah diselamatkan penjaga gol Lubnan.

Malah, semangat kesukanan ditampilkan Akhyar turut menjadi pertikaian ramai selepas beliau kembali menyambung perlawanan ketika pertahanan Lubnan menghentikan gerakan kerana ada pemain Malaysia terbaring atas kecederaan dialami.

Disebabkan itu beberapa kritikan timbul dalam kalangan peminat yang kurang berpuas hati akan impak diberikan oleh pemain kelahiran Kedah itu walaupun Harimau Malaya mencatat kemenangan.

Selain itu, ada juga menyatakan pemain tersebut perlu memperbaiki corak permainan di atas padang atau beliau perlu digugurkan demi memberi peluang kepada tonggak tempatan lain.

Ketiadaan Faisal Halim bersama kem kebangsaan jelas cukup dirasai kini dengan Akhyar dilihat gagal untuk memberikan impak positif selaku pengganti pemain berkenaan.

Antara pemain lain bakal menggugat tempat Akhyar di posisi sayap kiri selepas ini terarah kepada Adib Ra’op dan Syafiq Ahmad sendiri yang tampil dominan pada aksi akhir semalam.

Apapun, kami di Semuanya BOLA tetap berharap supaya Akhyar dapat memperbaiki corak permainan beliau pada masa hadapan untuk menjadi lebih matang serta menyumbang sesuatu positif buat bola sepak Malaysia.

Kelincahan serta ketajaman beliau pada suatu ketika sangat ditagih kembali untuk memastikan skuad kebangsaan terus mengaum di pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN