Akram Mahinan: “Saya Nak Kunci Leandro Kalau Diberi Peluang Beraksi”

Pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Akram Mahinan memasang tekad tersendiri jika dibawa turun kejurulatihan pada aksi final Piala FA 2023 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Aksi yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan KL City bakal berhadapan tugas getir untuk beraksi di kubu kuat JDT dan bakal mendapat sorakan penuh penyokong lawan.

Enggan memikirkan sebarang kemungkinan, Akram dengan terbuka menyatakan beliau sedia mengawal tonggak pemain tengah JDT iaitu Leandro Velazquez jika diberi peluang beraksi pada perlawanan tersebut.

Menurut Akram, pemain import JDT itu boleh dianggap sebagai nadi utama kekuatan pasukan tersebut menerusi kualiti dimiliki Leandro untuk menggerakkan serangan Harimau Selatan.

Seperti diketahui, pemain kelahiran Argentina itu sering menjadi pertaruhan utama pasukan selepas kelibat beliau begitu licik dalam membuka serangan di posisi tengah, serta tajam menerusi rembatan jarak jauh.

Maka, Akram merasakan Leandro wajar diberi perhatian lebih dengan menyekat pergerakan pemain tersebut daripada bergerak bebas sepanjang 90 minit aksi berlangsung.

“Jika diberi peluang bermain, saya akan cuba kunci nombor 10 (Leandro Velazquez) supaya JDT (Johor Darul Ta’zim) tak dapat bergerak.

“Kalau dapat peluang bermain dalam kesebelasan utama, saya perlu jaga no 10. Sebab dia bahaya, dan pergerakan dia lincah dan ligat.

“Saya pernah buat (rantai pergerakan Leandro) masa final Piala Malaysia (2021). Benda sama saya perlu buat lagi,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Akram boleh dianggap sebagai salah satu tunjang utama kekuatan KL City, selepas kelebihan pemain ini di posisi tengah untuk menyekat sebarang kemaraan dibuat oleh pasukan lawan.

Malah, Akram sendiri merupakan salah seorang pemain yang berjaya menyekat harapan JDT untuk menjuarai Piala Malaysia 2021, selepas diberi peranan dalam kesebelasan utama bawah kendalian Bojan Hodak.

Pada masa sama, pemain tengah itu juga mengakui ketika ini rakan sepasukan lain turut berada dalam motivasi tinggi serta bersedia untuk mengharungi perlawanan akhir Piala FA tersebut.

“Alhamdulillah semua baik. Semua pemain pun bebas dari masalah kecederaan. Jadi kami sedia untuk final itu nanti,” katanya lagi dengan penuh bersemangat.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN