Quantcast

BERITA

Akram Mahinan Dan Kpah Sherman Sah Sarung Jersi PKNS FC

Persoalan mengenai pemain tengah baharu yang bakal sertai PKNS FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan akhirnya terjawab hari ini apabila tonggak skuad Harimau Malaya, Akram Mahinan disahkan menyarung jersi skuad itu.

Pemain yang berusia 25 tahun itu merupakan pemain ketiga dari Kedah yang memperkuatkan skuad kendalian Dato Rajagobal itu selepas Muhammad Ariff Farhan Md Isa yang beraksi di posisi pertahanan dan penjaga gol, Mohd Farhan Abu Bakar diumumkan bersama pasukan bergelar The Red Ants itu.

Perkara itu disahkan apabila pihak PKNS FC membuat pengumuman rasmi beserta gambar Akram dilaman rasmi Facebook milik kelab berkenaan hari ini.

AKRAM KINI SEMUT MERAHPKNS FC mengucapkan selamat datang ke Koloni Semut Merah buat pemain tengah skuad kebangsaan,…

Posted by PKNS FC on Thursday, December 6, 2018

Menurut Berita Harian, proses perbincangan perpindahan dan disusuli tandatangan perjanjian antara pemain berkenaan dengan skuad Semut Merah sudah dilakukan, cuma pihak PKNS FC tidak mahu mendedahkan perkara ini terlebih dahulu.

“Ini persetujuan bersama antara Akram dan PKNS FC dan kedua dua pihak menghormati persefahaman ini dan tidak menghebahkan perkara ini sehingga menunggu masa lebih sesuai seperti hari ini.

“Cuma kita tahu Akram kini sedang fokus Piala AFF Suzuki menyebabkan tumpuan lebih kepada skuad negara.” kata sumber itu kepada Berita Harian.

Bekas Penyerang berbisa MIFA, Kpah Sherman beraksi dengan PKNS FC musim depan.

Kpah Sherman perkuatkan jentera serangan PKNS FC

Selain Akram, PKNS FC turut melakukan kejutan apabila berjaya menandatangani penyerang berbisa skuad kebangsaan Liberia yang beraksi dengan kelab MIFA FC musim ini iaitu Kpah Sean Sherman.

Kpah Sherman telah menjaringkan 21 gol dalam 28 penampilan sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini. Pemain yang berusia 26 tahun itu juga telah membantu MIFA menduduki tangga ketiga 100Plus Liga Premier.

Kpah juga merupakan pemain Liberia kedua yang mewakili PKNS FC selepas Patrick Ronaldinho Wleh.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!