Akmal Rizal Yakin Malaysia Mampu Raih Kemenangan Besar Atasi Taiwan

Bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli tampil optimis para pemain Harimau Malaya masih mampu untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Ketika ini, skuad kebangsaan dilihat sukar untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya walaupun masih lagi memiliki peluang untuk mengiringi Oman selaku wakil dari Kumpulan D.

Apa tidaknya, pasukan kebangsaan telah pun melepaskan peluang terbaik mereka pada awalnya ketika bertemu Kyrgyzstan selepas mereka hanya mampu mencipta keputusan seri 1-1 di gelanggang lawan.

Kedudukan Kumpulan D kini menyaksikan Malaysia tiada jalan lain dengan hanya kemenangan besar diperlukan ketika berdepan Taiwan akan datang untuk melayakkan diri mereka pusingan selanjutnya.

Jika dilihat daripada barisan pemain serangan negara kini, tidak banyak boleh diharapkan selain mereka perlu membuktikan segalanya termampu untuk menjulang nama Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Walaupun begitu, Akmal tetap positif kini dengan menyatakan para pemain dimiliki kini mampu untuk menjulang nama negara melalui kemenangan ke atas Taiwan.

“Tidak mustahil untuk Harimau Malaya menang besar ke atas Taiwan kerana pemain kita tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam perlawanan ini iaitu misi mencari sebanyak mungkin gol, ini bermakna pemain kena buat kerja.

“Pemain kena cipta gerakan dan jangan membazirkan setiap peluang yang ada.

“Bagaimanapun, kita juga bergantung kepada keputusan Oman menentang Kyrgyzstan. Kita tahu, Oman sudah layak dan kita harap mereka tidak bermain sambil lewa.

“Percaturan Pan Gon ketika menentang Kyrgyzstan sudah nampak baik, sebab itu pemain terbaik yang kita ada. Tetapi, menentang Taiwan, kalau boleh kita mahu melihat pemain seperti Safawi (Rasid) bermain dalam kesebelasan utama,” kata beliau melalui laporan telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.

Pada masa sama, Akmal turut mengingatkan supaya skuad Harimau Malaya tida memandang rendah akan keupayaan lawan dan sudah tentu Taiwan juga memiliki misi tersendiri.

Aksi seterusnya menyaksikan Malaysia bakal beraksi menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada hari Selasa ini dengan membawa misi cukup besar.

Berdasarkan prestasi ditampilkan para pemain pada aksi lalu, dijangka Kim Pan-gon tidak akan membuat rombakan besar di posisi serangan dengan Akhyar Rashid pastinya antara akan terus diberi peranan penting.

Walaupun begitu, Kim masih memiliki pemain serangan yang masih segar dan tidak digunakan pada perlawanan lalu untuk menjadi pertaruhan aksi akan datang iaitu Sergio Aguero, Engku Nur Shakir serta Nurshamie Iszuan.

Sumber:
Utusan Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN