Akmal Rizal Umum Perletakan Jawatan Sebagai Jurulatih B-17 Perlis

Kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) semakin parah apabila jurulatih skuad bawah 17 tahun (B-17) Singa Utara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengesahkan akan menyerah surat perletakan jawatannya selaku jurulatih skuad itu pada hari Selasa ini.

Selepas 3 bulan bersama Perlis FA, Akmal mengakui masih belum menerima gaji pertamanya sejak Disember tahun lepas dan tidak nampak hala tuju pasukan yang dibimbingnya itu.

“Saya belum terima apa-apa bayaran gaji sejak memulakan sesi kejurulatihan bersama PFA sampai sekarang.

“Sejujurnya, saya tak nampak hala tuju PFA dalam menguruskan skuad bawah 17 negeri dan segalanya berubah sama sekali tidak mengikut perancangan yang dimaklumkan pengurusan PFA kepada saya sebelum ini.

“Saya sudah melakukan sesi pemilihan sebanyak dua kali dan senarai penuh pemain sudah ada, tetapi bila ditanya mengenai soal pertukaran sekolah pemain dan jadual latihan, pihak pengurusan hanya minta saya menunggu sahaja,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Akmal Rizal berkata, dia sudah tidak boleh menunggu lagi untuk pembayaran gaji kerana masih ada tanggungan dan keluarga yang perlu diuruskan.

“Dahulu lain dan segala perancangan nampak elok tetapi seolah ada sesuatu yang tak betul sedang berlaku dan setiap kali ditanya mengenai pembangunan pemain pihak pengurusan minta saya menunggu.

“Perkara sebegini tidak boleh berlaku kerana industri bola sepak kita sedang membangun dan saya harap pihak pengurusan perlu teliti selepas ini dan perlu ukur baju di badan sendiri setiap kali menandatangani kontrak jurulatih serta pemain,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN