Akira Nishino Lancar Perang Psikologi, Anggap Peluang Malaysia & Thailand Seimbang

Akira Nishino

Kurang 12 jam lagi akan berlangsung perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ketua Jurulatih skuad Gajah Perang, Akira Nishino telah mula melancarkan serangan psikologi terhadap skuad negara.

Pengendali warga Jepun itu tampil dengan sikap rendah diri dengan mengatakan kedua-dua pasukan yang akan bertemu mempunyai peluang sama rata untuk meraih kemenangan.

Beliau enggan menjadikan pencapaian pasukannya mendahului kumpulan G ketika ini sebagai asbab untuk mendabik dada sekalipun mereka hadir dengan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan terdahulu.

Thailand kini mengumpul tujuh mata selepas terikat tanpa jaringan Vietnam dalam perlawanan pertama, seterusnya menang bergaya ke atas Indonesia dan UAE dalam dua perlawanan berikutnya.

Sedangkan Malaysia pula hanya mencatat satu kemenangan ke atas Indonesia dalam aksi pembukaan kumpulan serta tewas kepada UAE dan Vietnam. Ia jelas menunjukkan Thailand ternyata pasukan pilihan dalam perlawanan kali ini.

Namun demikian, Nishino tetap beranggapan peluang kedua-dua pasukan untuk meraih kemenangan masih terbuka.

“Saya perlu menyatakan di sini bahawa perlawanan lalu bukan ukuran sebenar terhadap kekuatan kedua-dua pasukan walaupun kami lebih menyerlah berbanding Malaysia.

“Jadi, peluang sama rata dan kami harus fokus perlawanan demi perlawanan untuk terus mencapai kemenangan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Stadium Astro.

Sementara itu, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu anak buahnya memberi perhatian kepada pemain yang beraksi liga Liga Jepun (Liga-J) iaitu Chanatip Songkrasin.

“Kalau kita tengok, Chanatip sudah lama tidak bersama skuad kebangsaan Thailand. Dia satu-satunya pemain (Thailand) yang cukup kreatif dan berbahaya.

“Pada masa sama, pengalamannya beraksi di Jepun akan memberikannya keyakinan,” katanya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN