Akinade Optimis Terengganu Mampu Atasi Wakil Kelab Vietnam

Penyerang berbisa Terengganu iaitu Ismaheel Akinade tampil optimis pasukan diwakilinya itu mampu meraih keputusan positif pada aksi kedua saingan ACC Shopee Cup 2024/2025 berdepan Dong A Thanh Hoa FC dari Vietnam.

Terdahulu, reputasi baik Sang Penyu sedikit terjejas pada aksi pembukaan ACC Shopee Cup selepas mereka mencatat kekalahan tipis kepada PKR Svay Rieng FC dari Kemboja menerusi keputusan 2-3.

Kekalahan itu sebenarnya sedikit sebanyak memberi imej negatif pasukan kepada para penyokong yang mahu perubahan lebih baik dicatat Sang Penyu pada setiap perlawanan diharungi.

Disebabkan itu, Akinade tekad bersama rakan sepasukan lain untuk memberikan kemenangan sulung walaupun menyedari cabaran getir bakal diberikan lawan.

Malah, penyerang dari Nigeria itu juga hampir pasti bakal diletakkan selaku penyerang utama Sang Penyu untuk mewakili Malaysia berdepan cabaran Thanh Hoa FC.

Ini kerana laporan menyatakan pemain baharu mereka iaitu Nelson Bonilla tidak dapat digunakan kerana beliau dibawa masuk ketika tempoh pendaftaran pemain bagi kejohanan itu sudah tamat.

“Kami mahu mendapatkan tiga mata penuh berdepan kelab Vietnam itu selepas tumpas kepada kelab Kemboja di tempat sendiri pada bulan lalu.

“Namun sejujurnya kelab itu (Dong A Thanh Hoa FC) bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan berdasarkan reputasinya.

“Tapi kejayaan mengikat Sabah FC 1-1 pada aksi Liga Super minggu lalu hasil gol penyamaan saya sedikit sebanyak bakal menambah semangat kami untuk buru kemenangan, lagipun saya fikir kami mula bermain dengan lebih baik dalam perlawanan itu.

“Mengenai ketiadaan Bonilla, ianya tidak mematahkan semangat kami untuk merealisasikan impian melakar kemenangan biarpun saya akui dia pemain nombor sembilan yang bagus dan berpengalaman,” kata beliau menerusi laporan Berita Harian.

Rekod semasa menyaksikan Akinade telah meledak empat gol bersama satu bantuan jaringan daripada 13 perlawanan dihadapi termasuk saingan ACC Shopee Cup.

Menerusi momentum semasa Akinade yang masih segar akan jaringan ketika bertemu Sabah, sudah tentu beliau ingin meneruskannya lagi pada perlawanan hari ini.

Dijangka Akinade bakal membentuk gandingan bersama dua lagi pemain iaitu Akhyar Rashid serta tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid untuk memberi cabaran pada pasukan lawan di laman sendiri.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN