Akibat Gagal Lepaskan Pemain, FA Brazil Mahu Hukum Kelab Premier League

Liverpool

Kelab-kelab Premier League kini bakal berhadapan akibat terhadap tindakan mereka yang tidak mahu melepaskan pemain-pemain Brazil.

Sebelum ini, kelab-kelab di Premier League tidak mahu melepaskan pemain-pemain dari Brazil ke tugasan antarabangsa disebabkan larangan ke negara yang disenarai merah oleh kerajaan United Kingdom.

Enam kelab telah dikenal pasti tidak mahu melepaskan pemain Brazil mereka iaitu Liverpool, Leeds United, Chelsea, Manchester City, Everton dan Manchester United.

Pemain-pemain tersebut adalah seperti berikut:

  • Liverpool: Alisson Becker, Roberto Firmino, Fabinho
  • Leeds United: Raphina
  • Chelsea: Thiago Silva
  • Manchester City: Fernandinho
  • Everton: Richarlison
  • Manchester United: Fred

FA Brazil atau CBF akan mengambil tindakan terhadap enam kelab tersebut dengan menghantar tuntutan kepada pihak Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) mengenai perkara ini.

Enam kelab ini bakal menerima akibat seandainya FIFA menerima tuntutan tersebut dengan mereka tidak dibenarkan menurunkan pemain Brazil pada perlawanan pertama selepas Premier League bersambung.

Hal ini kerana, jika tuntutan CBF itu diterima maka FIFA akan melaksanakan hukuman tidak boleh menggunakan pemain-pemain yang disenaraikan tadi selama lima hari.

Sebelum ini terdapat pertikaian mengenai kelab Premier League tidak mahu melepaskan pemain mereka ke negara zon merah menurut kerajaan UK terutamanya Brazil.

Selain Brazil, kes pemain yang tidak dapat dilepaskan untuk tugasan antarabangsa adalah melibatkan Mohamed Salah untuk skuad kebangsaan Mesir.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN