Akhyar Tidak Sangka Gol Kedua Bantu JDT Benam Pahang

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengutip tiga mata berharga semalam apabila menewaskan pencabar terdekat, Pahang, 2-0 sekaligus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super dengan 33 mata.

Ketika kedua-dua pasukan masih buntu mencari gol pembukaan, kemasukan Akhyar Rashid bagi menggantikan Leandro Valazquez pada separuh masa kedua berjaya mengubah skrip perlawanan sehingga kemenangan berpihak kepada Harimau Selatan.

“Tentunya saya gembira kerana membantu JDT menang dalam perlawanan yang saya anggap begitu mencabar tatkala menentang Pahang yang dibarisi pemain berkualiti namun kami ketepikan semua itu dan hasilnya tiga mata milik kami.

“Gol yang digerakkan oleh saya bermula dengan bola lontaran Farizal (Marlias) kepada Hariss dan saya mula bergerak di posisi sayap kanan dan apabila menerima bola umpanan Hariss dan selepas melepasi pertahanan Pahang saya hanya sekilas pandang dan melihat baju merah biru dan terus mengumpan bola,” katanya seperti dipetik dalam Harian metro

FOTO: JST

Selepas jaringan Hariss Harun, perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan 1-0 namun JDT sempat menghukum kesilapan barisan pertahanan skuad tok gajah untuk menambah gol kedua melalui Akhyar Rashid pada minit akhir ke 93.

“Gol yang kedua yang saya sendiri jaringkan memang tidak dijangka apabila bola melantun dan tanpa berlengah saya bertindak pantas untuk menyepak bola.

“Malah bola sepakan itu begitu `lembut’ dan tidak jangka boleh masuk. Mungkin rezeki saya pada malam ini (malam tadi),” katanya.

Meskipun bermula sebagai pemain simpanan, Akhyar tidak kisah kerana misinya adalah untuk membantu pasukan mencapai kemenangan jika diturunkan dalam perlawanan itu. 

“Saya sendiri tidak sabar untuk diturunkan dan berharap dapat beraksi menentang Pahang dan apabila diarah masuk pada babak kedua maka saya beri yang terbaik dan bersyukur kerana membantu JDT meraih kemenangan,” kata Akhyar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN