Akhyar Rashid Ingin Kekal Momentum Cemerlang Bersama Terengganu

Pemain sayap lincah, Akhyar Rashid boleh dianggap sebagai antara paling menyerlah ketika ini dalam persaingan Liga Malaysia (Liga M) menerusi impak diberikannya bersama Terengganu.

Dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) buat pertama kali musim ini bersama Sang Penyu, jelas Akhyar tidak mengambil masa lama untuk terus memberikan impak positif sehingga meraih pujian ramai peminat.

Apatah lagi pemain kelahiran Kedah itu telah pun mencipta jaringan sulung beliau musim ini bersama Terengganu ketika mereka cemerlang menewaskan Sabah 3-0 dalam aksi kedua suku akhir Piala FA.

Pada aksi tersebut, Akhyar berjaya meledak jaringan kedua buat Terengganu selepas beliau mendapat umpanan cantik daripada Marin Pilj sebelum satu tolakan mudah dibuat untuk menewaskan penjaga gol utama Sabah.

Selain meledak gol, penampilan Akhyar pada perlawanan tersebut juga jelas sangat cemerlang apabila beliau tidak mengalami sebarang kesukaran untuk memporak perandakan pertahanan pasukan lawan.

Bawah kendalian Tomislav Steinbruckner musim ini jelas Akhyar antara menjadi pilihan utama untuk memperkukuhkan posisi serangan utama Sang Penyu di pentas domestik.

Menurut Akhyar, jaringan tersebut jelas memberi kegembiraan buat dirinya selepas perlu menanti selama enam perlawanan untuk merekodkan nama selaku penjaring buat Terengganu.

“Syukur Alhamdulillah dan sangat terharu selepas berjaya menjaringkan gol pertama sekali gus membantu pasukan meraih kemenangan pada malam itu.

“Jaringan itu juga dapat memberikan motivasi serta sesuatu kepada peminat setia yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan setiap kali kami beraksi.

“Apa yang diharapkan aksi seterusnya nanti saya akan dapat mengekalkan momentum jaringan ini dalam misi membantu pasukan meraih kemenangan demi kemenangan,” jelas Akhyar menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, pemain tonggak Harimau Malaya itu turut menyeru supaya para penyokong setia Terengganu meneruskan sokongan mereka buat pasukan serta hadir memenuhi stadium.

“Sokongan padu daripada peminat setia adalah motivasi kepada kami, harap penyokong dapat memberikan kata-kata semangat dan positif selain dapat hadir beramai-ramai ke stadium,” katanya lagi.

Selain Akhyar, kelibat Safawi Rasid juga kini boleh dianggap semakin meningkat daripada segi impak telah ditinggalkan beliau buat pasukan tersebut di saingan domestik.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN